Sunday, November 30, 2008

alahai murid tua ku....

ummi baru lepas habis kelas.... tunggu RBB. Masalahnya dia dah tertinggal HP nya kat rumah. Zaman sekarang ni kalau tak ada kereta macam kuda patah kaki. Tak ada HP macam burung tak ada sayap. Begitulah.... bagi ummi yang mengajar ni pulak.... tak ada LCD macam mengajar tak ada alat tulis . Botak aje....

Minggu lepas ummi dah book satu bilik kuliah yang ada LCD sedia terpasang. Bil sampai masa kuliah. tup tup bilik kuliah dah dikunci... belum pukul 5 pm pun pekerja yang kunci bilik dah balik rumah... hish hish sakit betul rasa hati... So selepas berpeluh satu badan cari kunci akhirnya ummi pasrah. Terpaksa guna plan B mengajar tanpa BBM. Murid pulak kelompok veteran. Memang veteran mengajar... Hish hish.... berpeluh-peluh dibuatnya....

Hari ini umi mengajar lengkap dengan segala BBM, slide, nota dah siap photocopy sekali (umi minta dia orang bayar lepas tu) supaya murid-murid tua ni senang hati. Memang nampak mereka berpuas hati. Kalau ummi mengajar student maktab lepasan SPM penyiksaan betul nak habiskan 3 jam. Tapi dengan guru-guru veteran ni 3 jam macam tak cukup. Bila kita ajar mereka beri tumpuan 110 %. Orang tua lah katakan dan ummi ajar slow ....slow.... sebab melayankan luahan mereka tempoh hari.

Pengalaman ummi mengajar student lepasan SPM ni kalau kita terang beria mereka buat derk sahaja. Habis satu topik ummi bagi satu ransangan supaya mereka tak bosan. Suka sungguh depa kalau umi selitkan video klip yang ada message keguruan. Bila exam , mereka skor 100%, jawapan mereka serupa macam dalam skema. Yelah umi ajar subjek ilmu pendidikan bukannya sains atau math kalau tahu, kira tahulah...... boleh goreng sikit lebih kurang. Tapi memang jawapan mereka macam dalam skema.

Tapi dengan cikgu veteran ni lain pulak lah halnya....Ummi kena terang satu persatu... mereka tak jemu pulak tu... tak ada pulak yang tertidur selama umi ajar 3 jam tu...... Tabik spring lah kat depa ni.....

So anak-anak ummi belajar lah sementara usia muda sebab bila dah tua nak sambung buat degree dah leceh. Cikgu-cikgu yang ummi ajar tu, tinggalkan rumah tangga, anak bini semua. Mereka akan berada di maktab setiap kali cuti sekolah sehingga 4 tahun. Maknanya mereka akan meninggalkan keluarga setiap kali cuti sekolah selama 4 tahun. Cubalah u all bayangkan....semata-mata untuk mendapatkan segulung kertas yang dipanggil ijazah. Murid umi yang paling tua sebaya ummi.

So Ammar, Hajar, Abu Dzar....... belajar bersungguh-sungguh di kolej tu...... guna kesempatan semasa muda sebelum sampai masa tua. Masa senang sebelum sampai masa susah....

pikir-pikir kan....... moga ketemu lagi........

WIRA KU YANG SEDANG DISOLEKKAN


kali pertama umi nampak wira daripada belakang, macam tak percaya. Betul ke ini wira ku....


kata buyah bonet depan ni dah diganti baru



Wira akan digilap semula...... jangan lah merajuk wira., walaupun MBR duduk kat sebelah tapi kau tetap di hatiku...

Saturday, November 29, 2008

masalah keibubapaan abad ke 21

1. anak-anak tidak mahu memulakan harinya selepas waktu suboh..... Ouch.... mereka semua tidur sehingga jejak dinihari..... sedangkan zaman ummi kecil dulu. Kami wajib meninggalkan katil sebelum pukul 8 pagi. Dan katil itu pula tidak akan dinaiki lagi sehinggalah lepas pukul 8 malam atau lebih tepat lagi selepas solat isyak.

2. anak-anak tidak mahu membantu ibu bapa di rumah..... Tidak ada keikhlasan pun bila bantuan di berikan malahan menganggap seolah-olah mereka layak dibayar gaji kerana tugasan tambahan yang dilakukan. Oww......dulu ummi dan adik beradik ummi ada rutin harian membantu mak di rumah bermula daripada membasuh pinggan di perigi, mengangkat air dari perigi, membasuh baju (secara manual.... guna berus dan tangan), menggiling lada guna batu giling (bukan guna blender) dan etc etc etc. Penuh taat setia dan tak minta pula apa-apa balasan. setakat dapat dengar radio (minta radio dibaiki..bila rosak.... itu aje hiburan yang ada) dan tengok tv selepas pukul 8.00 (siaran mula lepas 4.30 petang) pun sudah gembira sangat. Teringat radio lama kami dulu sebesar tv 14 inci. Arial nya pulak kena sambung dengan wayar ke mana-mana yang boleh disangkutkan sebab nak dengar drama radio setiap hari ahad sambil menolong mak kat dapur. dulu kami dengar siaran radio singapura. Hari ahad ada carta lagu dan drama best lah masa zaman kami tu.

Wahai anak-anak ummi..... pening....pening.... bila umi tengok ada orang tak nampak matahari pagi pun. Alih-alih dah dinihari.....

Wahai anak-anak ummi....bagaimana nak tahu mengurus rumah tangga kalau dari sekarang tak mula bermain pondok-pondok kat dapur ummi tu.....

Pikir-pikir kan..... fikir-fikir kan..... selamat berjumpa lagi

Thursday, November 27, 2008

antara murid muda dan murid tua.....

Scenario pertama......

Alin.... saya ternampak assignment group u all kat atas meja MKI. Nampak macam best aje... bleh tak bagi saya soft copy nak buat collection lah.... Begitulah antara lain pesanan yang ummi hantar kepada bekas pelajar umi masa di Jaim dulu yang sekarang sedang ikuti kursus JQaf di maktab ummi ni.

Umi bernasib baik sebab tak kena ajar mereka kalau tak memang manja lah mereka pada lecturer mantan guru kelas mereka masa kat form five dulu. Inilah kumpulan yang ummi ajar daripada peralihan sampailah mereka ambil SPM. Pendek kata mereka membesar di depan mata ummi. Sekarang ni ada yang dah beranak pinak pun.

Lewat tengahari alin membalas pesanan umi.
cikgu. nanti saya kumpulkan bahan daripada group-group lain juga dan bagi pada cikgu....

wah... ini sudah bagus minta satu dapat banyak.. Proaktif murid ku ini.....

Murid muda yang energetic. proaktif, dan celik IT

Scenario dua.....

Hari ini ummi prepare untuk mengajar kumpulan guru-guru sekolah rendah yang dah veteran dan sedang buat program ijazah di maktab ummi. Mereka adalah kumpulan pioneer program ini so kebanyakan daripada nya lahir dalam tahun 1960 an kiranya sebaya ummi lah ni.
Ummi prepare bagai nak rak sebab suspen mengajar pedagogi pada guru yang dah memang mahir mengajar kat sekolah. Umi memang respect betul dengan cikgu sekolah rendah ni sebab ummi sendiri tak pandai nak ngajar murid sekolah rendah. So umi buat homework... sedia powerpoint.... sedia BBM secukupnya.... dan excitement untuk mengajar.
Sehabis saja kelas.. 2 tiga orang jumpa umi...
Puan, boleh tak puan guna kaedah deduktif aja masa mengajar kami.... tak boleh lah guna kaedah induktif kat kami puan. Baik puan bagi aja maklumat terus puan....

Puan, saya dah dua puluh tahun tak membaca macam ni puan. Susah betul nak faham puan. (walhal bahan yang umi suruh baca tu dalam bahasa melayu aje)

Puan, semalam saya dah faham teori behavioris tu, hari ni saya tak dapat apa pun puan.... semalaman saya tak boleh tidur puan sebab memikirkan apa yang akan saya pelajari hari ini....

Puan, puan ajar pelan-pelan sikit puan... kami dah lambat nak faham.... (pada hal teori yang ummi ajar tu, mereka dah apply kat sekolah. Dan mereka tu dulu dah belajar masa kat maktab untuk kursus asas mereka dulu)

Puan, boleh tak puan tukar jadual puan dari sabtu ke selasa. (ini permintaan kali ke....ntah ummi pun tak ingat)

Sesapa pensyarah yang ajar group veteran ni memang mangsa keadaan lah nampaknya. Mereka akan manipulate jadual supaya mereka dapat balik kampung pada hari sabtu dan ahad.

Tak pe .... boleh aje... Okay lah..... hmmmp ok...... oh ye ke! oh lah kesiannya u all ....... lah nasib baik u all bagi tahu kat saya.... Nanti saya ubah suai sikit kaedah pengajaran saya ... Saya ingatkan u all bosan dengar benda yang sama..... hmmph.... nanti saya bagi nota.... tak pe kita sama-sama lah.... share the ideas..
blah...blah.... respon umi pada murid-murid tua ni.

paling sedih... Puan. Macamana nak cari bahan dalam internet puan... 2 tiga orang student kerumun umi. Masing-masing ada laptop... menunggu penuh minat.

umi ajar dari mula... buka folder....save file..... blah ... blah...

Kesiannya murid tua ku ini........

GAYAT.....


memang ummi gayat...... tak berani nak buka mata... tiang dipeluk erat... RBB ketawakan umi



- sudah boleh buka mata tapi tiang masih dipegang kukuh...macam talian hayat

sudah boleh senyum sikit.... sebab ini masa cable turun bukit....

semakin berani..... boleh jenguk bawah dah


Sebenarnya pemandangan ini tak pernah ummi saksikan walaupun dah 2 kali naik cable car ni....
gambar yang dirakamkan oleh RBB dari dalam cable car yang kami naiki tu... umi tak nampak pun benda-benda ni.....

Kali pertama naik cable car ... ketika bersama-sama rakan-rakan se bengkel daripada Jabatan Pendidikan Jasin Melaka. Lama dulu.... kawan-kawan paksa ummi naik cable car tu... mereka kata kalau umi tak naik semua orang tak kan naik. Jadi untuk meraikan kawan-kawan maka ummi naiklah cable car tu. Sewaktu menaiki cable car tu umi tutup mata ummi dengan tudung, cuma sesekali ummi jenguk keluar... ummi memang mudah gayat....

Tak tahu lah kenapa umi mudah gayat... dulu masa kecik-kecik umi tak berani naik escalator dekat pasaraya. Umi mula memberani kan diri naik tangga jalan tu masa umi dalam airport nak berangkat ke Kanada sebab dah terpaksa. Sampai ini... umi hanya berani bawa diri sendiri... Kalau ada anak-anak ikut... umi suruh ikut orang lain. Sebab memang umi fobia dengan ketinggian... So hajar sorry lah kalau umi tak berani naik Flora Damansara tu.....

PENGALAMAN JADI PENGIRING MBR....


sejak akhir-akhir ini, RBB sering kali dapat jemputan untuk membentang kertas kerja jemputan daripada pelbagai pihak termasuk IPT. Terbaru ummi ikut RBB membentang kertas kerja di UIA. Tension bukan main lagi RBB sampai terlepas program alumni dia yang sangat meriah (I know he missed that program so much). Nak buat camna....


Terkini ummi ikut RBB present paper kat Genting Highland. Ummi dah tiga kali ke Genting sebab ada bengkel. Setiap kali ummi ke Genting, memang ummi begitu sibuk sebab kena bina modul, buat soalan atau buat proposal. Kebetulannya semua bengkel itu dibuat di Hotel Seri Malaysia. Tapi dek kerana terlalu sibuk ummi tak pernah perasan pun yang tv kat bilik hotel tu ada siaran astro. Seperkara lagi sebelum ini setiap kali ke sana ummi bersama rombongan menaiki bas tapi bila mengikut RBB ummi dapat pengalaman mendaki bukit genting dengan menaiki kereta. Perjalanan menaiki bukit genting dengan menggunakan bas adalah pengalaman yang penuh sejarah.


Kali pertama menaiki bas, semua passengers suspen sebab driver ni sepanjang masa menuruni bukit tu sibuk menalipon menggunakan hp tanpa menggunakan hands free. Kami semua berdoa agar perjalanan kami selamat. Kali kedua menaiki bas, kami di maklumkan salah sebuah bas telah mengalami kerosakan dan hanya tinggal satu bas sahaja untuk membawa kami semua pulang ke Melaka. Jadi masing-masing berebut-berebut untuk naik bas sebab nak cepat pulang bertemu ahli keluarga masing-masing. Kali ketiga pulak bas yang kami naiki rosak betul-betul separuh perjalanan menuruni genting itu. Dalam erti kata lain kami tersandai di tengah-tengah perjalanan menuruni genting itu. Mujur drebar bawa peralatan lengkap untuk membaiki bas jadi sempat lah kami jadi pengembara di pinggir bukit genting menikmati kehijauan alam semula jadi selama hampir sejam.
Walau apa pun, RBB memang dah berpengalaman membentang kertas kerja. Masa di UIA umi duduk dalam dewan kuliah fakulti undang untuk mendengar presentation RBB. Memang menarik dan tidak menjemukan. Tahniah buat RBB..... keep it up.. hi hi hi.... Nanti kalau bentang paper lagi umi nak ikut lagi.... Lepas ni RBB ada jemputan ke Kelantan plak.... Buat anak-anak ummi kalau u all nak gi pergi sendiri lah nanti yerk.... Kak cik ngan wani umi tinggalkan kat rumah sedara rapat dia kat sungai buluh.