Sunday, July 26, 2009

ENTRI DI BAWAH NI KHAS BUAT CHE' ADAWIYAH KITA

Selepas umi baca message Cik Ada baru lah umi buka surat khabar hari ni. (in fact umi suruh hubby cari kan petang tadi). Sebenarnya umi dah lama tak buka surat khabar utusan ke atau yang sewaktu dengannya. Lebih banyak hiburan di dalamnya berbanding dengan soal-soal hidup atau matinya negara. Memang banyak politik yang senget.. dah nama pun politik kan... what do u expect..

Umi terharu juga baca artikel di bawah ni (umi lampirkan buat rujukan sesapa yang berminat ) . Ada ramai yang mengulas atau beri komen regarding this artikel..At least Dr Ridhuan Tee berjaya menggemparkan banyak pihak. so umi pun tak nak komen lah... ada pro dan kontranya... Macam umi selalu kata... dalam kelas EDU3106.. islam dah menggariskan dasar perpaduan ... jika kita kembali kepada al quran dan as sunnah memang tak ada masalah...Bila dasar asabiyah yang diperjuangkan maka ini lah jadinya...pokok pangkalnya kita sebagai ummat Islam harus kembali kepada ajaran alquran dan hadis... Lebih-lebih lagi kita yang mendidik generasi akan datang... Kita seharusnya mendidik anak-anak generasi akan datang dengan pemikiran bahawa semua manusia itu bersaudara... bahawa tuhan jadikan kita manusia ini berbagai-bagai untuk saling kenal mengenal antara satu sama lain...

So tepuk dada tanya lah iman...

(thank Adawiyah... for giving me something to think about)

NASIB MELAYU DI BUMI MELAYU

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.
Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.

ARTIKEL DIPETIK DARIPADA MINGGUAN MALAYSIA 26 JULAI, 2009
DI TULIS OLEH DR RIDHUAN TEE ABDULLAH.


Thursday, July 23, 2009

SUARA DARI DALAM KUARANTIN

Sebenarnya umi dan kawan-kawan memang menanti-nanti pengumuman kuarantin dibuat macam anak-anak kecik yang excited untuk alami perkara baru. So bila peristiharan dibuat umi tak sabar-sabar nak meninggalkan kawasan maktab. Kj kata kena tunggu pukul 2 untuk taklimat kuarantin oleh pihak hospital. So sementara menanti pukul 2 umi lepak-lepak dengan kengkawan sampai terlupa belum solat zohor lagi.

Seperti selalu umi sentiasa masuk kumpulan yang akur pada arahan. Bila sampai di Balai Islam Saidatina Aishah umi lihat pelajar-pelajar juga telah berkumpul disitu manakala pensyarah-pensyarah lain tidak kelihatan pun. Umi mula rasa cuak untuk memasuki BISA sebab kawasan itu pun dah terekspos kepada virus H1N1. So umi melambat-lambat kan memasuki BISA tersebut. Umi menanti seorang kakitangan hospital yang mendapatkan mask untuk menutup hidung dan mulut. Di pagar berhampiran BISA yang bertentangan dengan High School Girl Melaka umi dapat saksikan beberapa orang pemberita (macam adegan yang biasa kita lihat bila ada berita sensasi) dengan kamera masing-masing merakam apa yang perlu dirakam. Cuma satu yang umi alpa bahawa wajah umi jugak boleh jadi bahan berita mereka.

Tak ada apa sangat yang baru yang umi dapat daripada pihak hospital, so selepas mendengar taklimat ringkas yang diberikan kepada pelajar yang akan menaiki bas pukul 3, umi bergegas pulang bersama-sama rakan pensyarah yang lain. Seboleh mungkin umi cuba menghidari tinggal dalam kawasan blok asrama pelajar dimana segalanya bermula bagi kegiatan virus H1N1.

Bukan umi tak simpati dengan anak-anak murid yang berada di situ cuma orang tua macam umi ni termasuk golongan berisiko. Orang-orang muda macam u all tu memang ada ketahanan yang kuat tak macam umi yang dah beranak 8 dan dah nak masuk usia warga emas pun.

So sebaik keluar daripada kawasan maktab , umi berazam untuk mengkuarantinkan diri. Sebenarnya muslihat utamanya adalah untuk hibernate kan diri umi, demi menyiapkan thesis Phd yang belum sampai suku siap itu pun. Lagipun penyelia dah dijadualkan untuk bertemu kami weekend ini.

Terlanjur ke klinik pagi tadi membawa si Bongsu umi yang demam, umi pun teringin jugak nak scan diri umi ni. Bila sampai dalam kawasan klinik Sg Rambai, ada arahan untuk lalui proses saringan di luar klinik. Tetapi umi tak nampak pun di mana pondok saringannya. Bila umi tanya nurse yang bertugas, dia kata masuk terus sahaja. Umi orang ketiga masuk berjumpa doktor pada hari itu, sebaik selesai pembantu perubatan itu memeriksa wani , umi pun meng'offer' untuk discreen oleh pembantu perubatan itu.

Tak pasal-pasal pembantu perubatan itu marah-marah...
"tak baca ke, arahan kat luar" marah dia dalam ayat yang tak sempurna...
"saya dah baca... tapi tak ada orang di situ" jawab umi.... masih bersopan lagi.
"tak jumpa sesiapa ke?" wajah nya tak ada kemesraan langsung.. begitulah nasib umi ni.. bak kata kawan-kawan.. kita ni lahir bulan gelap agaknya kak....
"saya tanya tapi mereka kata masuk terus" umi membalas dengan sabar...

Umi di sahkan negatif...melalui bacaan suhu....kot virus tu singgah kat luar tubuh je kot... tak tahu lah...

So the next routine is to go to the farmacy kaunter....umi masukkan slip ubat yang umi dapat dan umi menunggu betul-betul depan pintu kaunter...kiranya menghadap tukang jaga kaunter tulah...
Klinik ketika itu tak ada pesakit pun hanya ada 2 orang yang sedang menunggu giliran.. itu sahaja.. memang klinik itu sunyi dan jam belum pukul 8.30 pagi pun lagi...maksudnya... sepatutnya semua staf di situ belum berapa penat lagi pun... bau daripada dapur rumah mereka pun masih melekat kat baju mereka pun agaknya..not to mention the perfume that they spray lah...

"1003..." umi terpinga-pinga bila umi dipanggil oleh penjaga kaunter...
"tak dengar ke no 1003 dipanggil di kaunter 3" serius benar wajah penjaga kaunter itu mengherdik umi...
"oh saya tak perasan" memang umi tak perasan pun... sebab umi tak menjangka yang kaunter ubat tu pun pakai call number..lagi pun umi jangkakan dia akan panggil nama wani terus... sebab tak ada siapa lagi di samping umi di situ . Hanya kami sahaja. Di poliklinik ayer keroh yang lebih sibuk tu pun kaunternya tak pakai number... panggil nama pesakit sahaja...

Semasa umi nak keluar pembantu perubatan tadi keluar. wajahnya serius bebenar..dia tanya umi..."sapa yang awak tanya tadi" rupanya tak habis lagi kesalnya dengan kejadian umi tidak di skrin di luar klinik..umi pun tak berapa ingat wajah jururawat tadi... dia kelihatan menalipon seseorang. ketika itu umi dah rasa jengkel dan jelek dah dengan semua staf disitu yang memang tak mesra alam langsung....

Umi ni sebenarnya cuba lalui prosedur kuarantin yang sepatutnya... walaupun ada kengkawan kata ke maktab tak boleh tapi gi shopping boleh. Umi betul-betul setia mengkuarantinkan diri. Sebab itu umi merelakan diri di skrin oleh staf klinik... mana tau... kita ni pembawa H1N1....

Kadang-kadang teringin jugak nak tulis kat akhbar melihatkan betapa tidak mesranya perkhidmatan yang diberi oleh staf klinik Sg Rambai itu.....bak kata RBB pun kononnya lah mesra rakyat....Tapi itu pun bukan stail umi.... cukuplah umi berdoa agar tidak tergolong dalam kalangan mereka yang dibayar gaji untuk berkhidmat tetapi tidak ikhlas... mereka memang tidak ikhlas....

Wednesday, July 22, 2009

Adakah kita ikhlas????

Macamana nak tahu kita ikhlas??? hmphhh payah gak nak jawab...

Bagi umi soalan tu serupa macam kita tanya...
"macamana nak tahu kita sakit ?" atau
" macamana nak tahu kita gembira"

U all setuju tak?

So jika ada orang tanya macamana nak tahu kita sakit ke tidak... tentu jawapannya adalah orang yang empunya diri lebih tahu lagi ... betul tak.. sebab tu...bila kita pergi klinik... sebaik masuk bilik doktor.. dan kita duduk di kerusi pesakit tu.. doktor akan tanya kita "apa sakit?" Doktor yang ada ijazah dalam bidang perubatan tu tak boleh tahu ke yang kita ni sakit? Tapi mesti nak tanya juga kerana doktor tahu yang empunya dirilah yang tahu dia tu sakit ke tidak.

Kadang-kadang kita rasa sakit... tapi orang lain anggap kita tak sakit... tapi kita yang empunya diri tahu betapa sakitnya kita.

so apakah jawapannya kepada soalan azura... macamana nak tahu kita ikhlas....? Empunya diri kenalah tahu huraian ikhlas... samada ianya ada dalam diri kita....

Does it answer the question????

Sunday, July 19, 2009

THE DEPRESSING FIGURE...

Rasa-rasanya paling men'depressed'kan umi bila attend meeting hari tu... adalah pembentangan yang paling akhir mengenai p&p pensyarah. Penilaian yang dibuat oleh pelajar terhadap semua pensyarah di paparkan di skrin... I mean a big skrin ... dalam DTF. Dengan menggunakan mean yang diperolehi hasil daripada penilaian pelajar terhadap pensyarah digunakan untuk me'ranking'kan semua pensyarah IPGM KPM. Begitulah gamaknya tujuan pembentangan itu. My name wasn't in sebab last semester umi lambat buat penilaian. Terlambat sebab umi selalu tak ada di maktab. Kalau buat penilaian awal-awal agaknya tak lepas border line kot 'mean'nya tu.

Kata pembentang, maklumat yang lewat di hantar tidak diambil kira. So natijahnya... umi tak masuklah dalam senarai itu. Tapi umi pasti kalau di masukkan umi tak lah ke bawah sangat darjat pangkatannya... Bayangkan dengan 'mean' yang diperolehi pensyarah disusun daripada markah tertinggi '4.00' flat sampailah ke mean terendah. Yang terendah tu maksudnya ... pelajar tak berapa sukalah pensyarah tu ... agaknya lah kan...

So dapat lah kami semua para pensyarah melihat darjat kami di mata para pelajar...Walaupun nama umi tak terselit dalam pangkatan itu.. tapi umi boleh letak diri umi di mana sebab umi tahu penilaian yang dibuat oleh pelajar umi last semester...

Dalam soal penilaian ini para pelajar rasanya sangat ikhlas... kalau mereka rasa tak suka mereka bagi kita 3 ke bawah.. walaupun skala likert 1 hingga 4 tu macam tak adil tapi itulah hakikat yang perlu dihadapi oleh pensyarah....walaupun 3 bermaksud bersetuju dan 4 bermaksud sangat bersetuju... namun sekali pelajar memberi kan 3 bermakna pangkatan anda boleh turun kebawah daripada 3.5 iaitu markah optimum... lagi ramai pelajar beri kita 3 bermakna lagi banyak potensi anda di kategorikan sebagai pensyarah yang bermasalah. Dan jika ada pelajar yang menanda 2 dan 1 lebih besarlah potensi anda termasuk pensyarah yang tidak disenangi oleh pelajar dan anda bolehlah bersedia untuk di kaunselingkan kerana tidak berjaya dalam p&p. Itulah masalahnya jika matematik di gunakan untuk mentafsir segala effort seorang pensyarah yang 'mungkin' tidak digambarkan dengan baik oleh nombor. Lebih sedih lagi bila nombor itu memang awal-awal lagi sudah mirip ke bawah and not ke atas...

Bagi umi yang pernah mengajar matematik... umi pun tak tahulah macamana BPG set skala likert 1 hingga 4 dan kemudian meletakkan 3.5 sebagai sempadan.. 3.5 kebawah bermakna pensyarah tidak mencapai tahap.

Anyhow what done is done... ada hati yang dah terluka... ada hati yang gembira... bila melihat keputusan penilaian tersebut... walaupun ada yang kata its nothing... but daripada responsnya it meant a lot to some lecturers..

As for me... bila umi sebarkan borang penilaian... umi tak berani nak cakap apa-apa pada student... they are the judges... bila borang penilaian di kumpulkan ... umi tak berani nak lihat... sebab takut .. ramai yang letak 1 atau 2 even 3.

Umi akan tetap menilai pelajar dalam p&p kerana penilaian adalah sebahagian daripada p&p. Umi menilai kerana guru yang baik harus memberi penilaian terhadap pelajar mereka supaya pelajar akan bertambah baik. Umi juga menilai pelajar dan mengharap pelajar umi cemerlang dalam pelajaran. Umi selalu katakan pada pelajar umi I started evaluate them with starting perception that they are an "A" students unless they show me otherwise... I can't help my self from being too linean maybe... sebab bila kita dah motivate and bimbing dengan betul... of course pelajar akan jadi lebih baik (thats what I thought)

So bila balik daripada mesyuarat tersebut yang ditutup dengan isu sensasi "ranking" lecturer tersebut... fikiran umi bercampur baur...bila emosi dicampur dengan kenyataan nombor yang tidak berperasaan itu memang ia jadi depressing...I can't help being depressed even though i know where my position is as compared with the other lecturer....

Saturday, July 18, 2009

HOW TO START WRITING AGAIN.....?

So I am finally in my second semester of my Phd program but the problem is I don't know how to start writing again. In fact I don't have a driving force to look up for a deeper literature. I am stuck and I don't know how to get myself out of this hole... I am in front of my laptop with the internet on... and yet I could not make an effort to key in the keyword for my literature....

I guess the next nearest solution is to do some spring cleaning... becoz that was what I always did when I was doing my first degree. satu hari I will put all my energy doing all the house cleaning, mengemas, mencuci, mengemop sampai semua bersih, kemas, dan teratur. Of course paling utama tempat study.... I will make sure that semua nota, buku tersusun rapi... then baru ada motivasi nak mula study....

Oh please......I have to start with something.....