Monday, June 20, 2011

Perjalanan itu....

Kali ini aku perlu menulis...kerana aku ingin menulis...lalu menuliskan aku ....tajuk fokus ...sudah tentu mengenai perjalanan ku ke negara down under...

Sebelum aku berangkat ke Perth..puas ku cari maklumat mengenai Perth melalui internet dan salah satu sumber yang baik buat ku adalah hasil penceritaan mereka yang pernah melawat atau tinggal di Perth di dalam blog mereka...jadi biarlah kali ini aku pula yang menceritakan pengalaman ku itu dalam blog ini. Mungkin satu hari ada insan yang ingin ke sana dan memerlukan maklumat akan dapat berkongsi pengalaman ku ini dan membantu mereka..Begitulah tekad ku kali ini.

Seminggu sebelum tarikh keberangkatan kami ke Perth..suami yang sebelum ini tidak langsung menunjukkan tanda-tanda keterujaannya untuk menemaniku itu sudah mula menunjukkan keterujaan yang luar biasa..maksud ku dia sudah mula menunjukkan riak-riak keterujaan yang selama ini disimpan di sanubarinya...tidak mengapa yang penting dia akan menemaniku ke sana..tidak ada maknanya pemergiaanku ke sana jika orang yang tersayang tiada di samping ku..tiada maknanya misi perlancungan ku itu tanpa pendokong kehidupan ku selama 25 tahun itu.

Maka bermulalah pencarian maklumat, perkakasan dan lain-lain keperluan kami ketika berada di sana. Kami lebih teruja kerana kami akan berada di sana ketika musim sejuk. Hari-hari menjelang tarikh keberangkatan aku menjenguk 'weather forecast' untuk memastikan apakah benar cuaca di Perth ketika musim sejuk boleh jadi terlampau sejuk Tetapi melihat perkembangan ramalan cuaca, suhu ketika kami berada di sana dijangka hanya sekitar 18 darjah celcius sahaja.

Atas bantuan pelajar-pelajar KDC ku aku dapat mempercepatkan tarikh habisnya kuliah KDC ku. Itu juga perkara penting yang perlu ku selesaikan. Aku perlu mencari wang tambahan untuk menampung perbelanjaan yang tiba-tiba berada di tahap keritikal semata-mata kerana cadangan cari nahas ku ini melaksanakan bench mark ke negara luar daripada ASEAN. Oleh kerana aku adalah pembina kertas kerja ini maka terpaksalah aku harungi susah payah ini bagi memastikan program lawatan penanda aras jabatan ku ini berjaya seperti yang diwar-warkan.

7hb Jun.

Aku berehat-rehat di rumah memandangkan kami perlu bergerak keluar dari rumah seawal pukul 2 pagi kerana bas akan bergerak dari maktab ke airport pada pukul 3 pagi. Sebelum itu pada sebelah paginya aku membawa anak-anak sedang bercuti sekolah itu untuk bershopping di bandar Melaka. Tujuannya untuk memastikan segala keperluan mereka telah dipersiapkan sebelum kami berangkat ke Perth.

Suami ku hanya pulang daripada pejabatnya hampir pukul 10 malam. Begitulah suamiku itu masa tiada batasan buatnya. Seolah-olah dia melalui hari-hari dalam kehidupannya tanpa menjeling kepada jam tangannya. Bungkam hati ku menunggu dia pulang.

Aku hampir tidak dapat melelapkan mata kerana takut ketiduran sehingga kesiangan. Kapalterbang tidak menanti aku sebagai penumpangnya. Aku sudah memikirkan angka ringgit yang boleh dibazirkan jika aku kesiangan kali ini. Jam loceng ku on kan malahan aku berpesan pada rakan serombongan untuk mengejutkan aku seawal jam 2 pagi supaya aku tidak ketiduran. Aku tidak mengharapkan suami ku untuk mengejutkan aku.

Pukul 2 pagi aku dikejutkan oleh panggilan talipon daripada kak Zurina teman serombongan. Pagi itu aku bersiap-siap seadanya. Entah kenapa pakaian yang kutempah untuk pemergian pagi itu seakan tidak selesa di badanku. Setelah memikirkan pakaian itu akan ku pakai seharian daripada KLIA sehingga ke Bali nanti maka aku menyalin pakaian lain disaat-saat akhir. Begitu sekali aku merancang persiapan itu namun masih berlaku kekalutan fikirku dalam hati.

Pukul 2.15 pagi enjin kereta dihidupkan. Dash board kereta menunjukkan tanda merah untuk minyak. Rupanya minyak kereta itu telah dikosongkan sewaktu kami berpergiaan ke Melaka untuk bershopping dengan anak-anak. Kerisauan membuak-buak di hati ini. Mengapalah si Ammar tidak singgah mengisi minyak pada siang hari tadi. Keluh kesah bermain di hati ku. Namun tidak kusuarakan. Hanya kesepian dalam kereta kami sewaktu kami mencari stesen minyak yang beroperasi 24 jam di sekitar Sungai Rambai. 2 buah stesen minyak dalam laluan ke Melaka tidak beroperasi. Alhamdulillah stesen minyak di Umbai masih dibuka lega hati ku tidak terkira.

Kami sampai ke maktab sekitar pukul 3.10 pagi. Rakan-rakan serombongan telah pun menanti di bas yang telah sedia menanti.

No comments: