8 Jun, 2011
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka - KLIA
(3.30 - 5.30 am)
IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka - KLIA
(3.30 - 5.30 am)
Jam 5 cepat beredar ke jam 6 tatkala urusan itu masih belum selesai lagi. Aku buruan mengambil giliran untuk bersolat suboh. Muslimat mengambil giliran untuk mengerjakan solat. Dalam kesibukan di surau yang sempit itu timbul juga kesyukuran di hati ku mengenangkan masih ramai lagi insan yang mendirikan solat walau dalam keadaan sempit sebegitu kerana akur pada perintah Ilahi..bayangkan jika tiada lagi orang yang ingin bersolat...alangkah sempitnya kehidupan manusia ketika itu. Dalam kesempitan dan kesesakan bilik itu jiwa ku terasa amat lapang sekali.
Selepas habis urusan check in kami mendengar taklimat daripada wakil travel agent. Mengenangkan kami belum bersarapan aku dan suami menemani kak Zurina, anaknya dan Shakimah ke Mac Donald berhampiran untuk bersarapan. Begitu lama masa diambil untuk mendapat giliran memesan makanan. Dalam hati aku sedikit menyesal. Jam telah pukul 7 lebih tatkala pesanan fish fillet ku perolehi. Aku hanya memesan segelas air oren untuk aku dan suami kerana aku pasti kami tidak punya banyak masa untuk bersarapan kerana harus segera ke balai berlepas.
Kelewatan kami di Mac Donald menyebabkan kami terburu-buru untuk ke bilik boarding. Sekali lagi aku bersyukur dengan kehadiran suami tersayang kerana beliaulah penunjuk jalan bagi kami wanita bertiga ini. Alhamdulillah, petunjuk di KLIA cukup untuk memandu kami hingga sampai ke tren yang membawa kami ke balai berlepas. Begitu jauh dan banyak masa di ambil untuk sampai ke sana rupanya bertentangan dengan sangkaan asalnya bahawa laluannya sama seperti untuk berlepas dalam negeri. Setelah mengambil tren baru lah kami sampai ke tempat boarding.
Dalam terburu-buru itu kami masih sempat singgah ke tandas. Sesuatu yang wajib ku selesaikan setiap kali aku akan menaiki pesawat walau ke mana sekali pun.
8 June, 2011
KLIA - CGK Jakarta
(8.00 - 9.00 pagi)
Akhirnya setelah bebeberapa minit berada dalam keadaan tergesa-gesa mengejar masa akhirnya kami selamat berada di tempat duduk masing-masing di dalam kabin kapalterbang Garuda Airway. Air minuman sejuk di edarkan untuk penumpang yang memang sangat kehausan tekaknya akibat berlari-lari anak ke tempat boarding. Selepas itu diikuti pula oleh sarapan nasi goreng dihidangkan kepada kami. Terasa menyesal pula singgah bersarapan di MacDonald tadinya. Tiada pula aku menyangka bahawa makanan sangat lumayan di dalam pesawat Garuda ini. Akhirnya pesawat mendarat dengan lancarnya di lapangan terbang Jakarta.
8 Jun, 2011
9.00 - 9.50 pagi
Jakarta Airport
50 minit di Jakarta adalah masa yang pendek tapi penuh dengan aktiviti huru-hara.
Tidak seperti di KLIA kami perlu menaiki bas untuk sampai ke balai ketibaan.
Walaupun kami hanya turun sebentar untuk menukar pesawat namun, kami dikehendaki melalui sistem pemeriksaan kastam yang ku kira sangat lambat lagi melelahkan. Sistem penghawadingin yang hampir tidak berfungsi dan kaunter yang terlalu sedikit menyebabkan kami terpaksa beratur dan menunggu. Walaubagaimanapun akhirnya kami akhirnya sekali lagi berada di dalam pesawat yang akan membawa kami Ke Bali Airport. Kaki ku terasa amat perit sekali kerana terpaksa berjalan kaki dari satu stesen ke satu stesen walaupun panggilan daripada pesawat yang menghubungkan kami ke Bali telah memanggil-manggil para penumpangnya. Apa yang aku pasti kami pasti tidak akan ditinggalkan kerana kumpulan kami hampir memenuhi sepertiga daripada ruangan kabin tersebut.
8 Jun, 2011
CGK(Soekarno Hatta International Airport) - Denpasar Bali
(9.50 - 12.35 tengahari)
Satu lagi amalan dalam Garuda Airways yang baru kini kukenali adalah ..tidak kira sesingkat mana pun perjalanan, anda pasti akan dihidangkan makanan berat sama ada nasi goreng, spagethi atau nasi putih. Anda pasti tidak akan kelaparan jika menaiki Garuda Airways. Berbeza dengan MAS yang hanya menyediakan kacang goreng untuk dikunyah sementara menanti pesawat sampai ke alamatnya jika perjalanan anda itu sekdar sejam.
Selepas hampir 3 jam setengah berada dalam pesawat akhirnya kami mendarat dengan selamatnya di Bali. Sekali lagi kenderaan bas merupakan pengangkutan rasmi daripada pesawat ke balai ketibaan. Cuaca panas menyambut kami di Bali.
8 Jun 2011
(12.35 tgh -9.30 mlm)
Bali
Bas yang menghubungkan kami ke terminal airport di Bali
akhirnya aku berada di tanah Bali...salah sebuah destinasi pelancungan di dunia..
transit lebih kurang 8 jam di Bali...sambil bersiar-siar di sekitar Bali
solat jama' zohor dan asar di masjid ini.
Sebenarnya perut kami tidaklah terlalu lapar. Walau bagaimana pun seperti kata travel agent kami akan berada di Bali selama hampir 7 jam. Oleh itu kami perlu mencari sesuatu untuk mengalas perut kami.
Menu makan tengahari ku adalah kuah masak asam bening sayur. Ikan goreng , sambal belacan dan tempe goreng. Pada mulanya aku tak terfikir untuk makan tetapi setelah menjamah lauk pauk tadi tiba-tiba sahaja terasa berseelera untuk makan. Mungkin agaknya menu itu sesuai untuk selera orang tua seperti aku.
Kami di bawa singgah ke sebuah kompleks membeli belah di Bali. Namun aku tidak membeli apa-apa buah tangan di Bali kerana tiada yang menarik hatiku. Lagi pun harga di pusat membeli belah itu terlalu tinggi.
Kemudian kami telah di bawa ke Pantai Kuta yang terkenal dengan sunsetnya. Kami bersiar-siar di sekitar kawasan itu sehinggalah matahari terbenam.
Bagi ku tiada apa yang istimewa di Bali. Di sana sini ada banyak tanda-tanda hinduism di Bali. Terlalu gah fahaman itu di Bali sehingga menimbulkan kejengkelan di hati ku. Walaubagaimanapun aku sangat pasti pengunjung-pengunjung Barat sudah pasti menghurungi pantai Bali yang bersih dan ombaknya yang besar untuk bermandi-mandian dan juga aktiviti luncur.
Peluang melihat Bali dengan lebih dekat sebenarnya semakin mendekatkan hatiku kepada Melaka. Bagi ku Melaka jauh lebih baik daripada Bali. Melaka segalanya ada...tambahan lagi di Melaka masih ada cahaya Islam yang memanggil-manggilku untuk pulang ke situ. Kami meninggalkan Bali dengan menaiki flight selepas melalui proses imigresyen yang memenatkan. Tidak sabar aku untuk merasakan kenikmatan cuaca sejuk di Perth.
No comments:
Post a Comment