Menerusi jendela kayu yang terbuka luas menghadap halaman rumah itu, dia dapat melihat kesibukan keluarga suami yang baru menikahinya, mengemas saki baki jamuan walimatul-urus mereka berdua.
Dia kini sendirian di temani seorang nenek saudara yang kini sedang berbual-bual dengan keluarga suaminya. Ahli keluarga terdekat lain yang turut mengiringi rombongan pengantin telah lama pulang ke kampungnya. Ibu dan ayahnya hanya mengiringnya dengan doa.
Dia tahu ayah dan ibunya cuba sedaya upaya melaksanakan majlis pernikahannya seadanya. Dia tahu betapa ibu dan ayahnya bersedih dengan keputusannya itu. Namun mereka akur dengan kemahuan dia, anak mereka berdua yang telah diwakafkan untuk perjuangan yang satu itu.
Dia teringat peristiwa pagi tadi. Rombongan pengantin perempuan menaiki van yang dipandu sendiri oleh pengantin lelaki. Pengantin lelaki yang hanya berjubah dan berserban serba putih memandu kenderaan ke majlis menjemput menantu dengan diiringi beberapa orang saudara terdekat pengantin perempuan yang memakai jubah dan purdah serba hitam melindungi pakaian songkit pengantin yang dipakai di dalamnya.
Dia dikejutkan oleh kehadiran suaminya yang kini berada disisinya.
"itu abang saya yang sulong...." ramah si suami mula mengenalkan dia kepada ipar duainya yang tak pernah dikenalinya. Dia memang tidak pernah ambil tahu mengenai latarbelakang suaminya itu. Dan dia memang tidak pernah peduli. Malah dia tidak pernah berinteraksi dengan suaminya semasa mereka bertunang apatah lagi untuk mendalami latarbelakang tunangannya ketika itu. Hanya yang dia pasti mereka berdua sama-sama berjuang di pusat tarbiyah itu mendidik anak-anak di Madrasah itu. Perjuangan yang memerlukan kesabaran dan ketabahan.
Dia dipimpin oleh suaminya untuk bertemu dengan mertuanya..kini baru dia sedar rupanya dia mempunyai seorang nenek mertua, bapa mertua, ibu mertua tiri dan tujuh orang ipar lelaki dan 2 orang ipar perempuan. Begitu besar sekali keluarga mertua yang baru dikenalinya itu.
Bermulalah episod baru dalam hidupnya sebagai seorang isteri. Mengenali suami yang tidak pernah dikenalinya selain daripada kegigihannya membentuk anak-anak di madrasah.
Lafaz akad nikah telah mencetuskan perkenalan mereka. Lafaz akad nikah itu telah memeteraikan hubungan komunikasi antara mereka berdua. Lafaz akad nikah itu telah mendekatkan dua insan yang tidak pernah saling berinteraksi selain daripada lafaz salam yang didengari dari sebalik tabir.
Hanya selepas lafaz akad nikah itu jugalah, wajahnya yang selalunya dilindungi purdah itu dapat dilihat oleh suaminya.
Dari jendela itu dia melihat kedamaian suasana desa kelahiran suaminya itu.
Mentari telah melabuhkan tirai. Merah lembayung senja di kaki langit. Sebelum daun jendela dirapatkan, dia berdoa dan mengharap agar pentas kehidupan seterusnya menjanjikan kebahagiaan dan keberkatan untuk dikongsi bersama suaminya.
Dia yakin dengan keputusannya itu. Baginya kehidupannya adalah untuk perjuangan untuk Dia yang satu. Kecintaan pada suaminya adalah atas kecintaannya pada Dia yang satu. Dan dia sangat yakin pada mawaddah wa rahmah kurniaan Allah pada hambanya...
India Trip - Taj Mahal
-
India Day 5 -* Taj Mahal*
Berusaha keras ok nak dapatkan spot nak amik gambo.. hahaha
Kalau pergi ke India, tak pergi ke Taj Mahal.. macam tak pergi Indi...
5 years ago
4 comments:
Askm...setelah lama mencari akhirnya baru saya dpt buka blog Pn Halimah. Sebelum ni saya buka blog yg sebutannya hampir sama tapi ejaannya ada sedikit kelainan.
Patutlah gambar pemiliknya berbeza. Syukur 1.10.2010 saya dpt membaca kandungan ummu ammar. Saya tertarik dengan gaya bahasa yang puan gunakan dalam penulisan 'cerita tanpa ilustrasi'.
Gaya bahasa yang bersahaja tapi penggunaan diksinya mantap dan mudah untuk ditanggap. Saya jadi followers puan ye ! Wsalam..
assalamualaikum ummi..
Cerita tanpa ilustrasi kadangkala lebih bagus daripada cerita yang terlalu banyak ilustrasi.Apa yang penting kesediaan kita menerima segala kekurangan dan kelebihan si dia.Tapi,saya yakin wanita sehebat ummi lebih arif menilai dan menafsir kehidupan yang penuh dugaan ini. Banyak ilmu dan pengalaman ummi yang perlu dicungkil dan dikutip bagi kami generasi yang masih memerlukan bimbingan dan teguran.Ada hikmahnya melayari blog ummi yang sarat ilmu dan mesej buat kami semua.Terima kasih ummi kerana terus memberi titipan ilmu tanpa mengharapkan balasan kerana walau zaman berubah dan usia bertambah,namun tekad tetap satu dan hala tuju hanya di situ...disisiNya.
woww!!cikgu da jdi penulis novel la...hehehehe
best!!!
saya tau ni cerita real cikgu...bagus skali ayatnya...nnt update lagi kehidupan cikgu lps bgelar isteri ye..
Post a Comment