Saturday, February 6, 2010

Erti Kemewahan

Dari tingkap kereta itu dia menoleh ke arah sebuah rumah kecil di tepi sawah….berhampiran rumah itu bangsalnya dipenuhi dengan besi-besi buruk …..rumput di hadapan rumah itu juga sudah hampir menutupi pagar rumah tersebut…rumah yang pernah dihuninya..

Dia teringat betapa bangsal itu dulu tempat diparkirkan kereta kepunyaan suami nya , sebuah mazda buruk yang dibeli sejak dia masih menuntut di universiti lagi…Dia juga masih terkenang betapa setiap pagi dia terpaksa menolak kereta itu supaya kereta itu boleh dihidupkan enjinnya…Betapa kereta tua itu terpaksa diikat pintunya agar tidak terbuka sewaktu kereta itu berjalan…dan kereta tua itu jugalah yang menjadi pengangangkutannya sehingga lah ianya hilang suatu hari di bengkel kereta…

Di bangsal itu juga tempat berhentinya lori yang menghantar perabut sempena majlis perkahwinannya daripada rumah nya dikampung. Dia masih ingat betapa ayahnya hanya singgah sebentar untuk menurunkan perabut itu agar dapat digunakan di rumah pertamanya sejak dia berumah tangga. Dia sedar betapa ayahnya tidak mahu singgah lama di situ kerana terlalu sedih melihat betapa uzurnya rumah anak perempuannya yang baru berumah tangga. Satu-satunya anak mereka yang memperoleh ijazah daripada luar negara tetapi telah mengabdikan diri demi perjuangan di madrasah itu dan hidup dalam keadaan serba dhaif.

Rumah pertama mereka hanya dilengkapi dengan sebuah bilik tidur dan sebuah bilik air…tak lebih daripada itu. Ia bukanlah sebuah rumah yang sempurna….hanya sebesar ruang tidur utama di rumah yang di diaminya kini… rumah itu juga tiada bekalan elektrik…dia masih ingat bagaimana mereka terpaksa bergelap selepas mentari terbenam…kadang-kadang suaminya terpaksa menyambung generator ke kereta tuanya demi untuk mendapat kan cahaya sementara menanti solat isyak…

Rumah itu tidak memerlukan dapur yang sempurna kerana mereka jarang memasak…Dia hanya perlu memasak nasi…lauk nya diambil daripada dapur madrasah…mereka akan menikmati hidangan sama seperti yang dinikmati oleh banat dan walad di asrama….

Kereta yang dipandu suaminya berhenti di hadapan simpang berhampiran pasar kuala sungai baru. Dia tiba-tiba terkenang…suatu ketika dulu…sewaktu mereka masih di madrasah itu…itulah satu2nya tempat yang tidak pernah disinggahinya…kerana mereka memang tidak pernah membeli lauk mewah seperti orang lain…selain daripada makanan yang diambil daripada dapur asrama, suaminya hanya membeli sayur dan ikan kering sahaja… itulah lauk yang paling digemari oleh suaminya…sayur masak bening dan goring ikan masin …Ketika itu….lauk seperti itu adalah suatu kemewahan buat mereka…

6 comments:

kimarejha said...

huhuhu...windu kete AL...kenangan pintu kete tu tercabut depan mata aja mase buyah nk hntar aja g sekolah kat pernu tu aja bley ingt lagi...pas2 buyah letak kipas yg mcm buyah letak dlm van dekat dashboard kete AL tu...gantikn aircond...hihihhi..besh2...

gie said...

touching sungguh coretan ini....next week i'll be in Al-Falah Kuala Sg. Baru...nanti i nak tgk pdk buruk tu..ada lagi ke...

samsiahalwadi said...

sesungguh kenangan dan pengalaman amat mahal harganya bagi kehidupan seseorang. Coretan yang berjiwa turut dapat dirasai dan dihayati oleh khalayak yang membacanya.
Saya turut terbuai untuk menyelusuri pondok buruk di tepi sawah..............

sikulat said...

kakngah.. aih.. wat novel best nih.. Oh.. rasenye boleh ingat lagi kot rumah tuh... org rasenye cam pernah tido kat rumah tuh.. kat asrama dulu pun selalu gak tido.. siap join b.ngahnye program kecemerlangan remaja lagi.. best best kalau di ingat semula..

EimaruSi|ence™ said...

Mak Ngah, awa pon ingat lg uma tuh..tp bila datang blik kuala sg baru, dah tak srupa mse kecit..
Bila buyah cerita pon, masih tak boleh tangkap kdudukan sbenar tapak sekolah tuh...
Pling ingat ude tertinggal n Nek Melah yg jage kan?
(banyak memori kecik2 awa ingat lupe..mgkin sbb xcident dlu kot)

mawar said...

Salam kak Atun,

Tah macamana click sana sini tadi terjumpa blog ni... tak sangka sungguh..lama tak jumpa ya..
Ada pulak gambar kita muda2 dulu kat sini...ternostalgia pulak.

Mudah2an ukhuwah akan berterusan. Amiin.
Do visit me at my blog.

rahimah
U of G