Sunday, May 31, 2009

BILA WANI MULA MENGAMUK

Semalam tetiba jerk wani (anak ummi yang bongsu dan membongsukan dirinya) mengamuk besar...
siap dengan air mata yang berjurai-jurai....
siap dengan biji putihnya lagi....(istilah orang serkam untuk ayat-ayat disebalik tangisan yang berjela-jela)
isunya....
"umi dengan buyah tu... asyik pergi kursus aje.."
"lepas tu wani tinggal sorang-sorang"
"umi dengan buyah tak nak bawa kita orang cuti"
blah....blah....blah....
tapi fokus of the story adalah dia mahu bercuti dengan umi dan buyah....

umi tak nak salahkan diri ...
biar buyah fikir kan sendiri...

sebab buyah memang berhutang cuti dengan anak-anak...

kalau ada anak yang boleh buat tamper tantrum kat umah kami tu...calonnya memanglah si Wani..

sangat ekspresi orangnya...
sangat tulus...
tak ada berselindung-selindung...

itulah anak milinenum... lahir bulan sebelas 1999....

so kalau kami nak tahu ... apa perasaan anak-anak pada parentnya yang berdua ni...

we might get the answer (sincere one) daripada our only Wani...

sorry lah anak-anak...

cuti ni memang dah kira burn dah pun...

2-3 jun.... buyah ke kelantan... ceramah
4-5 jun... buyah ke JB.... meeting..

3-4 jun... umi mengajar KDC
8 Jun... umi mengajar KDC

9-12--- umi ke KL menanda edu3104...
10-11 -- buyah ke KL....meeting

15-17 jun...umi ke Rompin...meeting.

Nanti lah kami cara masa untuk kita cuti-cuti okay...

BETUL KE NI???

90
95

97

93

98

99

aiya ..... macamana ni?

betul ke ni?

soalan senang sangat ke?

aku pemurah markah ke??

pening le plak....

hai susah susah takut le plak...

kena buat moderasi markah...

tapi itulah hakikatnya...

markah semua atas 90 kecuali seorang...dapat 84

okay girls.....sapalah insan yang dapat 84 tu????

hi hi hi.....

Thursday, May 28, 2009

TO MY PISMP SN AND MATH SEM 5

alhamdulillah ,

akhirnya ...
ummi berjaya menyudahkan pengajaran untuk subjek ini...

sebenarnya bagi seorang lulusan biochemistry untuk mengajar subjek 3106 adalah satu cabaran..

dalam sejarah profesion perguruan ummi...

only God knows how ackward I felt while teaching them this subject...

menghadapi student seperti Adawiyah, Dila, Najla (just stating some of the names) with a new subject like 3106 was quite an experience....

actually I rather imagine myself teaching anatomy or calculus than teaching something like multicultural responsive pedagogy.....

so I finally made it.....(I don't know how they survived having me as their lecturer either)

no matter what ....

by reading their answer I know the objectives of the course are achieved...

But to all my students nice teaching u all semua...

good experience for me...

( a tough one actually... but something of a memory..)

semoga anda semua nanti jadi guru yang berkaliber...

Wednesday, May 27, 2009

LAGI PASAL KONVO...

Nak komen pasal konvo lagi ni..

Pagi ada seminar... tapi ummi tak pergi sebab hanya yang dishortlisted kan saja kena attend..
tempat tak cukup untuk tampung semua staff kalau attend that seminar..
tight budget..

So okay... I am not going..... dalam erti kata lain ... not invited..

still my ex student called me from ancasa hotel..

"cikgu tak datang ke??"

datang lah cikgu... malam ni ke (referring to the jamuan at seri negeri)..

umi keberatan nak jawab..

penaja kata.. staff wajib bayar 40 dollars tapi tak wajib hadir...

so umi ambil hukum tu.... bayar tapi tak perlu hadir.

jamuan waktu malam... bayar per head... so takkan nak bawa partner... dan perjalanan malam dari tempat umi tinggal di selatan melaka dan pada waktu malam pulak tu... So I decided not to attend that function..

anyhow,,,,

I am happy sebab ada ex student yang masih ingat umi ... excited to see their old lecturer...

I am happy for them....

I am happy busying myself with marking papers... 3106...

I am happy becoz my students can answer the questions which is quite easy...

I am happy becoz .... I am still here... being a teacher...
a teacher forever...
a teacher who loves teaching....
and a teacher as I was 23 years ago...
when I was not paid for it..
when I work because I am the servant of Allah...

when a simple 'salam' from my students...

brightened my day...

becoz I am a teacher...

Saturday, May 23, 2009

MAJLIS KONVOKESYEN

Kekadang ada perkara dalam profesion kita buat kita teramat sedih....
sedih teramat sangat... sampai kita rasa nak give up....
kekadang rasa macam bodoh pulak bila ikut rasa jauh hati...
tapi itulah yang berlaku bila menjelang majlis konvokesyen..di IPGM..

ada ex student sms... cikgu datang tak hari konvo????
ummi jawab...insyaAllah..
sebenarnya ... ummi pun tak pasti samada ummi perlu hadir ataupun tidak ke majlis tersebut..
sebab..
dah masuk 3 tahun berada di sini... umi tak pernah attend majlis konvokesyennya..
sebab..
umi tak termasuk pun dalam JK sambutan..

lagi malang tahun ni...
ummi ditugaskan jaga parking...
of all the job...
muka hamba mu ini hanya layak jaga parking aje...

tak pelah nanti bila ex student datang dgn keluarga masing-masing...
ummi akan tunjuk topi jaga parking...
agaknya ... kalau umi masuk majlis..
rosak majlis kot...

ex student.. sms lagi...
cikgu nak pesan apa-apa tak ? tanya shikin KPLI Sains 2 yang sekarang posting di serawak.
umi balas "tak apa... yang penting kamu gembira dan selesa di tempat dimana kamu dipostingkan.."

Begitulah bila kita hanya aktif mengajar...
yang mengenang kita hanya pelajar kita...

so to all my ex student...

u will see me at the parking lot of MITC.....
on ur graduation day nanti...

jangan buat tak kenal saya nanti..

tanpa anda siapa lah saya...

Saturday, May 16, 2009

DI BAWAH POHON DURIAN....

masa entry ni ummi tulis umi sedang berada dalam MBR 59.
want me to describe the view... okay..

sebelah kanan ada pokok durian...
sebelah kiri pulak pokok rambutan...
depan pulak ada pokok rambutan... dah berbuah... dan sedang ranum... merah mencelah... hmppp sedapnya.a.. tapi pokok rumah orang yang ummi pun tau sapa...

kenapa umi berada disini?
okay kena jawab lah kan..

ummi tengah tunggu RBB yang sepatutnya mula bagi ceramah 2.30 pm tadi...
tapi dia baru sms... yang YB sedang berucap.. masa tu dah pukul 3.50 pm...
so camno...

kenapa umi menunggu?
okay... good question..

umi sepatutnya ada perjumpaan "santai dengan guru-guru ... anjuran alumni MOZAC" rakan-rakan ummi masa kat sekolah menengah sains melaka dulu (sekarang ni sekolah menengah muzafar shah ayer keroh melaka)

Program umi tu mula pukul 5.00 petang....

sebenarnya umi segan jugak nak jumpa kengkawan lama...yang dah 31 tahun umi tak jumpa...
tapi sebab mereka dah put up my name antara yang akan hadir dalam yahoo.group they all... so umi rasa why not... nak gi jumpa le ni...

tapi... macam tak kesampaian aje...
RBB belum start ceramah... bila pulak dia nak habis ceramah..

tak pelah...
masalahnya malam ni ada program lagi kat surau sebelah rumah...
penceramah akan naik rumah umi dulu sebelum forum..
RBB pengerusi surau...
rumah umi pulak memang sebelah surau..

tak le jadi lah ni...
kengkawan.. kalau tak jumpa pun... terima kasih kerana mengingati sahabat lama mu ini...

BUAT SEMUA ANAK-ANAK DI KPLI PK AMB JUL2008


sesuatu yang tak pernah ku lalui....meniup lilin di atas kek....


surprise buat ummi... kek selamat hari ibu...(sebenarnya umi tengah bersedih sebab tak dapat jumpa eman dan eta kat syarodz pada hari ibu)
Sebenarnya umi tak tahu nak respon macamana... seldom that I get a surprise like this...
thanks to my mentee... KPLI PK AMBILAN JULAI 2008.




Oleh kerana dari pagi lagi umi dah bad mood.. so hari ini umi plan nak puasa... puasa sunat hari isnin.. tapi tak jadi.. meraikan anak-anak mentee umi...


thank you kerana hantar gambar... so dapat lah umi simpan sebagai kenangan..


Julai 2008,
Melangkah masuk pelajar-pelajar KPLI ini dengan penuh harapan untuk memulakan langkah sebagai seorang bakal guru.

dan Ummi dengan rasminya di lantik sebagai mentor mereka semua (18 orang kesemuanya)

Bermula daripada hari pendaftaran sehinggalah minggu suaikenal.. mereka bersama dengan ummi cuma selepas itu umi tidak lagi kerap berjumpa kerana umi tidak ditugaskan mengajar subjek EDU dengan mereka.

So... mereka telah pun menamatkan praktikum.. dan akan menghadapi exam minggu depan...

Ummi doakan agar mereka semua berjaya dan dipostingkan di tempat yang sesuai dengan mereka.

Datang daripada pelbagai latarbelakang akademik kemudian telah nekad untuk berkhidmat kepada pelajar-pelajar istimewa di sekolah-sekolah. Umi yakin mereka mampu melaksanakannya.

Untuk mentee umi ini diucapkan terima kasih tak terhingga... terutamanya ketika kalian semua buat surprise pada hari ibu baru-baru ini. Segan pulak nak tiup lilin... (selama hidup tak pernah tiup lilin di atas kek).

Terima kasih buat Roihan yang emelkan gambar sambutan hari itu... (kalau tahu ... cari baju lawa-lawa sikit).

Apapun buat kalian semua... di wajah mu telah terpancar wajah seorang guru... selamat hari guru... dari seorang guru...

love u guys.... jangan lupa saya nanti bila dah posting nanti... keep in touch...

Friday, May 8, 2009

a birthday girl.....

8 Mei, 2009 (which was yesterday)...
sampai jerk rumah, belum buka pintu kereta lagi...
"umi... esok hari jadi aye tau" jerit kakcik yang membahasakan dirinya 'aye'.

begitulah bila yang menyambut harijadi adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia 10tahun 11bulan 29hari...

kita telah diperingatkan tanggungjawab kita untuk menyambut kelahirannya...

what if we don't do anything??????

"umi... hari jadi wani nanti... umi ...blah...blah...." wani telah merancang sambutan hari jadi ke 10 nya, sepuluh bulan sebelum tarikhnya...

begitulah bila ada 8 orang anak....

macam-macam kerenahnya....

ada juga.... yang rasanya... dia sendiri lupa dengan hari jadinya... sampai umi dia pun turut terlupa...
(baik juga tarikhnya sama dengan MakUsunya.... good reminderlah tu)

itu alkisah anak sulong ku... yang the only one... lahir ketika metahari betul-betul berada di atas umbun-umbun... sebab tu panas aje agaknya....

yang lain semua lahir sebelah malam atau penghujung subuh ketika orang lain semua sedang nyenyak tidur..
sampai nurse pun tersengguk-sengguk menanti bayi yang nak menjengah dunia...

apa pun memang ibu anak lapan selalu sibuk.... antaranya aktiviti menyambut birthday yang kadang-kadang memeningkan kepala gak...

contohnya... when u asked them what they wanted for their birthday.... and u gave what ever they wishes when suddenly u were told that they wanted something else... and was so unhappy because their wishes doesn't come true...

SUATU MASA DULU....

bila dengar anak-anak saudara tak tahu nak pilih kursus yang nak diikuti.
tiba-tiba jerk umi teringat masa umi sebaya dengan diorang dulu.. I mean masa umi muda belia dululah...now ni dah OTAI...

bezanya masa tu cuma satu saja yang umi dapat... surat tawaran ke luar negara.....

bezanya masa tu dalam surat tu ada banyak pilihan kursus yang umi boleh ambil... memang banyak ... juling mata membacanya... cuma farmasi dan medic sahaja yang tak ada. Kononnya sapa nak ambil dua kursus tu kena stay kat local U. kalau nak ke oversea kena ambil subjek lain... ranging from mathematic ke engineering.

so alkisahnya,...
umi pun scan reading lah semua kursus tu..
masa tu mana lah ada kaunselor kerjaya... ikut kata hati jerk.

tiba-tiba umi nampak kursus ni... biochemistry...
alkisahnya masa tu umi sedang ikuti form six aliran sains....
cikgu biologinya tu... tak lah berapa umi faham apa dia ajar... tapi lajunya masha allah... sampai umi sangat terkesan dengan pengajarannya... lenguh tangan menyalin nota dia... dan ketika umi dapat tawaran tu dia tengah ajar something about biokimia...
sangatlah terkesan umi dengan cikgu ni (lupalah namanya ... sebab belajar tak lama sangat dengan dia) sampai bila umi pilih kursus ... umi terus tick aje kat biokimia...

alkisahnya... natijahnya... umi ditawarkan lah subjek biokimia dan tempatnya adalah di kanada.....

Bila umi menghadiri temuduga... (temuduga tu sebenarnya bukan untuk pemilihan studentnya tapi pemilihan penaja)

oleh kerana biokimia adalah subjek pilihan umi maka wakil JPA dan Kementerian Pelajaran (daripada pelbagai penaja yang lain termasuk LLN, RISDA, petronas dan lain-lain yang umi dah lupa) sahaja yang menemuduga umi...

kata wakil KemPel .... "awak nak jadi cikgu tak?"
umi jawab "tak nak" sekali dengan gelengan kepala.
kata wakil KemPel tu "oh memang sungguh-sungguh dia tak nak jadi cikgu" sambil tersenyum.

alkisah mulai dari saat itu... umi jadi student yang ditaja oleh JPA...

begitulah kisahnya bagaimana kata hati telah mewarnai hidup umi....

gelengan kepala umi itu sebenarnya telah membawa umi kepada perjalanan yang jauh dan sukar...

kerana selepas itu akhirnya umi jadi seorang guru (daripada guru sekolah pondok, guru sandaran di sekolah menengah agama negeri, guru kementerian) dan akhirnya umi jadi guru kepada bakal guru dan sekarang ni memberi kursus kepada guru di sekolah-sekolah...

biokimia hanya tinggal dalam lipatan kenangan...
walaupun sekeping ijazah telah membuktikan ummi pernah 4 tahun berguru untuk menguasai ilmu biokimia...

So adakah cerita ni dapat membantu mereka yang dalam dilema untuk pilih kursus atau sekadar menambah lagi dilema....

sorilah.... tak berniat sama sekali...

senang jadi orang yang tak diberi pilihan ....

rasanya brother abu zar agree dengan umi...

Thursday, May 7, 2009

POLIKLINIK KOMUNITI AYER KEROH

pagi lagi umi dah bertolak ke ayer keroh untuk appointment klinik sejahtera di poliklinik ayer keroh...

lepas hantar wani dan kakcik umi patah balik ke rumah sebab terlupa kad klinik...

lepas tu perjalanan diteruskan ke ayer keroh....

Jam MBR 59 menunjukkan pukul 7.49 bila kami sampai di klinik...

tapi orang sudah ramai... dan klinik itu sudah mula beroperasi....

umi terus hulur kad dan ambil giliran...

tak lama menunggu umi dah disuruh ke bilik 4 untuk cek BP , ukur tinggi dan timbang berat... beres

umi ke bilik 10 pulak untuk cek mata....

lepas mata....umi ke makmal untuk cek urine ... beres

lepas urine.... umi ke bilik seterusnya untuk ambil darah...beres

sebelum pukul 9.00 am... segalanya beres dan umi sudah boleh balik...

Poliklinik komuniti ayer keroh... memang efficient....

umi tak tahulah hospital swasta macamana... yang penting... ini klinik kerajaan.

staff dia semua baik-baik... layan patient dengan baik... senyum sokmo... dan yang penting pantas...

terima kasih bebanyak to all staff poliklinik ayer keroh..

to my little nurse to be....
Cik siti Hajar... nanti bila dah jadi nurse kat IJN tu...
senyum-senyum dan kerjalah dengan efisien...
kalau tak ada orang sakit tambah sakit...
paling teruk...
sakit hati...

Sunday, May 3, 2009

SPECIAL ENTRY

27th of april was a special day...

becoz 17 th years ago,

eman was borned.

but ,

in 1989,

on one special day... hajar was born

and that special day was a day after cuti hari buruh..

so every 2nd of May,

we celebrated kakngah's birthday...

so hajar,,

HAPPY BIRTHDAY TO YOU.....

semua anak-anak ummi ada kelebihan masing-masing...

moga kehidupan hajar diberkatil Allah sentiasa...

moga berjaya dalam apa jua lapangan yang diceburi...

jangan bersedih......

anda sentiasa di hargai.