Tuesday, March 17, 2009

STUDENT VETERAN VS STUDENT REMAJA


Cuti bulan Mach ini student ummi datang ke maktab untuk menyambung semester pertama mereka di IPPM. Mereka ini adalah guru-guru sains dari sekolah rendah yang ditaja oleh kementerian untuk mendapatkan ijazah pertama untuk kenaikan ke gred DG41.


Guru-guru veteran ini berkorban masa dan tenaga di samping meninggalkan keluarga di waktu cuti untuk meneruskan cita-cita yang belum kesampaian.


Mereka ini jugalah golongan yang melaksanakan dasar PPSMI di sekolah sekarang ini.

Sewaktu belajar mereka semua begitu serius sampaikan tak boleh nak senyum walaupun ummi sedang snap gambar mereka.

daripada mereka ini telah lahir ramai bakal-bakal guru yang sedang ummi latih di maktab yang sama. Isnin dan selasa mereka berkuliah, ada yang ambil PTK pada hari rabu dan khamis. Manakala hari jumaat , sabtu dan ahad pula mereka akan mengambil peperiksaan akhir semester. Tak tahulah ummi bila masa mereka belajar ... kesian memang kesian... Awal-awal pagi dua tiga orang datang jumpa umi salam cium tangan berkali-kali konon nak dapat berkat daripada ummi. Begitulah orang tua bila diberi peluang belajar, memang beria-ia. Mereka antara faktor ummi bermotivasi untuk belajar lagi sebab ada yang datang belajar ni sebaya dengan ummi.
dan ini pula remaja ceria pelajar PISMP Sains bakal graduan ijazah keluaran pertama IPPM.

berbeza dengan student veteran , bila ummi snap gambar siang-siang mereka dah bergaya.
Remaja-remaja bakal guru ini, melalui zaman yang berbeza berbanding dengan guru-guru veteran pelajar ummi di atas tu. Mereka melalui jalan mudah untuk muncul sebagai guru berijazah pada masa depan. Manakala golongan veteran di atas tu melalui laluan yang sukar untuk menaikkan taraf perjawatan mereka.
Natijahnya yang mendapat laluan mudah sukar untuk melihatkan perspektif kerja daripada sudut pandangan golongan yang matang kerana mereka jarang melalui jalan yang sukar.
So anak-anak ummi belajarlah untuk melihat dunia ini daripada perspektif yang berbeza barulah kita akan dapat melihat dunia secara seimbang dan lebih menghayati kehidupan.
so fikir-fikirkan... renung-renungkan...

1 comment:

rosnah said...

terima kasih puan sebab masukkan gambar kite orang. Anak saya pun tengok, wah glamour lah mak katanya.
nanti beritahulah keputusan exam kita orang. Tak sempat nak baca semua, pakai tulis je....