Angin panas bertiup menolak sekeping kain hitam yang menutup sebahagian mukanya. Cermin matanya dibetulkan licin dek peluh yang menitis daripada dahinya. Dia menarik keluar cermin matanya dan mengelap dengan hujung tudung hitam yang menutup separas pinggangnya. Sepantas lalu matanya dihamburkan jauh ketengah lautan selat melaka yang terbentang di hadapannya. Di kejauhan sana kelihatan bangunan-bangunan tinggi daripada akademi di tanjung dahan. Lambang pembangunan di kawasan yang masih memerlukan lebih banyak pembangunan. Tak jauh daripada tempat dia berdiri, jiran-jiran berhampiran sibuk menebar jala dan ada yang sedang mengutip kepah di pantai berpasir yang telah mula dicemari sampah-sampah menjelekkan pandangan.
Sebatang kayu yang terdampar dibawa ombak diambilnya. Dia melakarkan lakaran yang tak punya konsep di atas pasir putih yang kemudiannya disapu semula oleh air yang mendatang bersama ombak. Hidupnya dirasakan bercelaru. Dia masih ingat saat-saat dia mula sampai ke pesisir Selat Melaka itu. Ibu dan adik-adik serta ayahnya sibuk membantu dia menjahit purdah yang akan digunakan ketika berada di madrasah di pinggir Selat Melaka itu. Niatnya ketika itu adalah untuk belajar di situ. Tidak sangka bila dia ditemuduga, mudir madrasah meminta dia menyumbang tenaga untuk anak-anak di madrasah itu. Kini dia berada di ambang dilema. Apakah harus dia terus menetap di situ? Dia merenung sekeping surat yang diterimanya. Isi kandungannya ringkas. Dalamnya ada sekeping foto , gambar seseorang yang memerlukan jawapan penting daripadanya.Seseorang yang ikhlas untuk mengongsi kehidupannya.
Lamunannya diganggu oleh salam seorang banat.
"assalamualaikom ....ustazah" penuh sopan dia menyapa.
"menung panjang ustazah" tambah banat kabir itu lagi.
"jom ustazah kita cari kepah" pelawa banat kabir yang sangat dikenali dengan keramahannya itu.
Jauh di bawah pokok, sekumpulan banat soghir mengumpul kepah di dalam tin susu. Dia pasti mesti ada agenda mereka hari ini. Pasti mereka akan bermain pondok di dalam kawasan asrama seperti yang selalu mereka lakukan.
Tiba-tiba dia teringat, agendanya sendiri hari ini... pakaian dan segala peralatan banat-banat di asrama perlu di rebus. Penyakit gatal-gatal semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Pakaian mereka perlu direbus agar kuman kudis buta dapat diperlahankan.
Surat dalam genggamannya disimpan dalam poket jubahnya. Dia tersenyum sendirian. Dia pasti jawapannya pasti mengecewakan ibu dan ayahnya. Namun dia telah bertekad. Keputusan harus di buat. Dia akan terus tinggal di madrasah itu.
India Trip - Taj Mahal
-
India Day 5 -* Taj Mahal*
Berusaha keras ok nak dapatkan spot nak amik gambo.. hahaha
Kalau pergi ke India, tak pergi ke Taj Mahal.. macam tak pergi Indi...
5 years ago
No comments:
Post a Comment