Friday, May 2, 2008

Selamat Hari Jadi ke 19





Assalamu'alaikum wbt.


Buyah nak ucapkan Selamat Menyambut UlangTahun kelahiran anakanda buyah yang ke 2 iaitu Siti Hajar. Didoakan siti hajar beroleh kesehatan dan keceriaan dalam menjalani tugas praktikal di Hospital Kulai Johor. Lalui jalan hidup keremajaan ini dengan penuh waspada dan kepatuhan kepada Syariat Islam. Gunakan ilmu agama dalam menghadapi pancaroba kehidupan yang banyak liku-liku dan onak duri. Rasailah kasih sayang ummi yang melahirkan siti hajar dengan penuh keinsafan. Sebagai seorang bakal jururawat, maka semangat daya juang dan ketabahan diri serta kesabaran perlu dijelmakan dalam aktiviti harian bersama rakan-rakan. Tiada hadiah istimewa yang dapat buyah berikan melainkan doa restu dan ingatan abadi untuk anakanda siti hajar.



Setelah 19 tahun berlalu, buyah merasakan siti hajar kini sudah mengenal erti kehidupan, namun ketaatan kepada ibu dan ayah mesti dipatuhi, penghormatan dan kecintaan kepada umi dan buyah perlu ditingkatkan. Teruskan pengajian siti hajar dalam membantu dan merawat pesakit dengan keikhlasan yang semuanya itu, insya-AlLah akan dibalas dengan ganjaran pahala. Dikesempatan ini juga buyah mengharapkan anak-anak buyah yang lain,along ammar, uda abu dzar, umu aiman, mashita, mohd ali, kak chik najihahdan syazwani akan terus belajar bersungguh-sungguh. Guna pesanan Nabi Muhammad S.a.w, Gunakan 5 kesempatan sebelum datangnya 5 perkara, muda sebelum tua, sehat sebelum sakit, lapang sebelum sibuk, senang sebelum susah, hidup sebelum mati .


Salam Sayang dari Buyah

1 comment:

Unknown said...

alahai...knp byh letak gmbr n..terserlah kependekan anak byh n...huhuhuhuhu...syg buyah..muaahhh..muahhh...muahhh..