Monday, November 10, 2008

KELAM KABUT

ring....ring... "hello kak... boleh tak saya datang copy bahan akak tu" ..
"sure... nanti lepas ni akak burn dalam CD"

2 CD kat tangan....
I laporan R&D untuk Dr Kumar
1 lagi bahan untuk kawan shidah..... Ok beres..... lepas ni masukkan dalam pigeon hole... hati dah berbunga... kerja pasti beres.

Muat ke tak pigeon hole ni.... tup... okay muat-muat jerk...
alamak salah CD lah..... itu untuk shidah.. ni pigeon hole Dr Kumar. Camna ni...? Dr Kumar tak tinggalkan kunci plak tu... hait bengangnya.... tak boleh nak korek pulak ni...

"kak.... jaga peksa pukul 2.30 tau.... "

"hari ni akak tak pakai jam... hp plak dah abis bateri... bengangnya"

There was a day when everything doesn't go right from the very beginning of the day. And today was one of them. I was all sweating, is it because of the weather or due to the black out or because of the disaster. But life wasn't all that bad....which also happened today.

"hi cikgu....."sapa sekumpulan guru pelatih yang umi pernah ajar dalam kelas EDU 3101 penuh riang.
"cikgu......" sapa sekumpulan pelatih lain sambil tersenyum-senyum.
" hi cikgu...." sekelompok lagi guru-guru pelatih menyapa ketika umi melangkah menuju dewan peperiksaan untuk menjalankan tugas mengawas peperiksaan. Mereka pelajar-pelajar umi dalam kelas EDU3103.
"kak... akak glamorlah...." bisik Hafsah rakan pensyarah.
" do I know u." usik umi pada budak-budak pelatih tu.
"cikgu ni....." balas budak-budak pelatih tu manja.
"ye lah, cikgu korang ni macam artis, orang famous mana kenal peminat dia" tambah rakan pensyarah.

hari ni baru umi tau..... Guru-guru pelatih tu gembira melihat umi... Pensyarah kesayangan mereka... Hi hi hi. Perasan umi dalam hati....

MINGGU PEPERIKSAAN DI IPPM

Dah lama tak menulis suasana kat tempat kerja... asyik nostalgia jerk... hemmph... apa yerk terbaru kat ofis.

oww. Hari ni panas...panas...panas. semua panas.

Pagi terlari-lari dari MBR naik keta kawan ke anjung tadbir (tempat ofis umi) sebab RBB nak ke Putra Jaya ada meeting.

Lepas tu Datin beritau semua folio mesti masuk ofis. Alamak signature KJ belum dapat lagi. Kena print rancangan mengajar kemudian dapatkan tandatangan bos. Ms Iso ni buang kertas aje le kerjanya.

Makcik Grace pulak ingatkan "Halimah... jangan lupa hari ni moderasi jawapan KPLI..... pergi SUP cepat...." Sabar lah grace... I siapkan folio ni.... dalam hati menggerutu.

8.45 am: Umi dah beratur tunggu giliran untuk perbanyakkan copy sampel untuk dimoderatekan. Fulamak..... 17 orang lecturer jadi panel moderasi. Ramainya.... kena talipon sorang-sorang pulak tu. " Minta datang ke bilik Seri Kesidang, moderasi mula pukul 9.30 am" arahan diberi... Kengkawan kat sebelah kata... wah dah ada gaya pengarah lah...Pehhh!!! bengang.

9.30 am masih belum habis photo copy sampel lagi.... alamak....lambatnya ni....

9.45: okay kita mula sampel 0305.... "ya allah ! kelamnya tulisan . ... tak nampaklah ... kita tukar sampel 0030. Sampel tak cukup plak.... Mah pergi tambah copy lagi...

Assalamualaikom... sori lambat.. ada sampel lagi tak... tak peh I pergi copy lagi.... turun tangga lagi.... pehhh penatnya.

12.00 tgh : agih-agih skrip...... ada skrip hilang lah.... alamak... macamana ni!

Hari ini memang memeningkan.... letrik pulak asyik blackout... aircond tak ada.... mak panasnya..

bilalah renovation IPPM ni boleh selesai.... panas-panas!!!!!!

UNIVERSITY CENTER

dalam university center


where is the heart of a town? Its downtown. where is the heart of a university? Its university center (UC). Bagi kami student university of Guelph, UC adalah tempat pertemuan. Sehabis kuliah kami berkumpul kat cafe. Shopping2 kat co op. Paling penting solat kat meditation room. Paling tidak pun stop by tengok tv kat pinggir jalan dalam UC tu.

Depan UC kalau masa winter selalunya macam kaca licin. Jatuh kat depan UC perkara biasa. Tak ada orang nak ketawakan pun. Mereka selalu tunjuk muka simpati kalau kita terjatuh depan UC. Kami tunggu bas pun depan UC. Balik malam lepas kuliah perkara biasa. Kadang-kadang umi balik sorang-sorang dalam bas. Tak takut pun. Lepas pukul 9 malam biasanya bau arak merata-rata dalam bas. Mat saleh suka minum-minum lepas kerja. Bab tu umi ngeri sikit. Tetapi soal keselamatan di pekan Guelph, sangat terjamin.

Sampai sekarang kenangan kat University Center masih jelas diingatan. Kerana setiap hari umi mesti melalui UC sebelum pergi kuliah atau balik dari kuliah. Bagi setiap university di Kanada, University Center adalah dimana pelaburan dilakukan supaya UC nya sentiasa kelihatan lebih canggih dari University center university lain. Semua bangunan lama dikekalkan ke antikannya tetapi university center sentiasa moden, canggih dan terkini kemudahannya.

Saturday, November 8, 2008

SELAMAT HARIJADI WANI



Semalam hari Sabtu 8 November, 2008 ulangtahun kelahiran Shazwani anak bongsu umi yang ke 9. Selamat hari jadi umi ucapkan walaupun wani tidak berada di rumah ketika ini. Wani dan kembar selang setahunnya tu sedang bergembira ikut field trip sekolahnya. Best betul. Umi dengar pun teruja. Dari melaka naik bas ke Tampin. Daripada Tampin mereka menaiki keretapi ke KL. Kemudian mereka menaiki bas ke Lumut. Daripada situ, mereka telah menaiki feri ke Pulau Pangkor. Daripada cerita Wani melalui handphone mereka telah mengelilingi pulau pangkor dengan satu lagi kenderaan baru yang dinaikinya menjadikan sekarangni 3 jenis kenderaan (bas, feri dan ntah apa namanya). Mereka bermalam di Pulau Pangkor di sebuah apartment sebilik 5 orang. selepas bergembira melancung di Pulau Pangkor kembar itu telah menaiki bas ke Cameron Highland. Sehingga semalam laporannya mereka telah berjalan-jalan dan makan steam boat kat sana. Di Cameron Highland mereka menginap kat hotel. Kata kakcik dalam bilik tu ada satu katil besar dan satu katil kecil sikit. dan the birthday girl tidur sorang kat katil yang kecil tu manakala kakaknya berkongsi dengan 3 orang lain di katil yang lebih besar. Wani tanya umi... ' umi nak wani belikan cenderamata apa?' Rasanya inilah hadiah harijadi paling mahal umi pernah bagi pada wani . A trip to Pulau Pangkor, Cameron Highland and KL.

Happy birthday Wani........

We love you.

MENGIMBAU KENANGAN 1981




Kenapa yerk tiba-tiba umi mengimbau kenangan lama dan mem'blog'kannya? Good questions. Masa anak-anak umi sedang membesar umi selalu cerita yang umi suatu masa dulu pernah belajar di Kanada. Tapi cerita umi tu selalunya macam diabaikan oleh anak-anak umi. Mereka anggap macam umi suka ulang-ulang cerita so that mereka rasa macam so left out academically. Seingat umi tak ada anak umi yang nak tanya cerita umi sewaktu student dulu dengan detail. Sehingga akhirnya umi tak teruja pun nak cerita pengalaman umi kat sana. So bila umi dah nak sampai usia emas ni selagi umi masih mengingati pengalaman umi itu biarlah umi menulisnya untuk dibaca oleh anak-anak pengalaman ibu mereka yang pernah mengandungkan mereka selama 9 bulan. Pengalaman ibu mereka yang pernah suatu waktu dulu diizinkan Allah untuk menjejakkan kaki di bumi asing benua Amerika Utara.

Satu lagi soalan yang mungkin bermain di benak anak-anak umi agaknya lah kan gambar-gambar tu gambar lokasi sebenar ke?? Excellent questions too. Apapun , gambar-gambar tu memang gambar di lokasi sebenar. Di ambil daripada koleksi gambar yang tersedia di dalam internet. Sekarang zaman canggih kan.

Masa umi belajar dulu umi tak pernah ada kamera. Ketika umi jadi student dulu kamera adalah barang mewah yang tidak termasuk sebagai keperluan. Dalam minda ketika itu, umi adalah anak orang kurang berada, umi perlu simpan duit, kalau tak ada duit tak ada orang boleh tolong umi. Walaupun dikelilingi oleh anak-anak orang berada ketika itu (walaupun mereka dapat biasiswa) umi tidak tergoda dengan cara hidup mereka sebab memang dalam mindset umi. Mereka tidak seperti umi. Umi datang daripada keluarga miskin.

Masa umi ke Kanada dulu umilah anak pertama Pn Hajah Fatimah dan Hj Salleh yang berangkat ke luar negara (masa tu nek dan aki belum bergelar haji lagi pun). Umi masih ingat umi bertolak pada 3 hari raya aidil fitri tahun 1981 betul-betul sama hari dengan tarikh walimatul urus Tok Teh dan Mok Teh kat Serkam tu. So masa pergi tu pulak unexpectedly jadi macam majlis orang nak berangkat ke Mekah. Ada orang azan kan dan diiring sampai ke kereta. Masa tu arwah aki (moyang u all lah) Hj Othman, imam kg Serkam pegang tangan umi sampai ke kereta yang sedia menunggu di depan rumah Nek Yam. Punyalah tebal muka sebab jadi perhatian orang ramai. Masa tu umi baru 17 tahun baru habis SPM pun. Umi masih ingat ada barang umi yang tertinggal, tapi umi tak dibenarkan berpatah balik , sebab pantang larang orang nak berpejalanan, orang lain tolong ambilkan.

Sebenarnya umi pun blur masa tu. Bila dapat tawaran ke luar negeri umi terima automatik atas alasan to futher my study. Never would I think of the future in terms of where I will stay, dengan siapa, the length of time dan most importantly environment yang akan umi hadapi. Perasaan itu datang tiba-tiba bila umi sampai ke airport Subang (masa tu belum ada KLIA lagi). Di sana baru umi rasa gerun, rasa rendah diri sebab di kelilingi oleh kumpulan pelajar yang akan ke luar negara juga.

Semua pelajar lain memakai kot dan pakaian yang bersesuaian dengan orang nak ke oversea. Umi macam alien di airport tu. Rombongan daripada serkam ni memang tak ada pengalaman hantar anak ke oversea. Malahan dekat kampung ketika itu pun ke oversea ni memang perkara jarang-jarang berlaku . Kes terpencil saja ketika itu. Jadi kami tak ada perunding imej atau penasihat daripada segi keperluan.

Umi hanya memakai sweater warna kuning (hajar selalu pakai tu) berbaju kurung dan membawa beg pakaian berbelang-belang yang cukup untuk pakaian untuk 3 hari berkursus. Yang pasti umi bawa sebuah beg galas yang penuh berisi biskut-biskut raya yang nek buat sendiri. (ada cerita juga pasal biskut raya ni bila umi sampai di Heathrow London)

So bila umi tengok student-student lain kat airport tu baru timbul rasa ngeri. Kecemasan umi tu umi suarakan pada Nek Lang (mak sedara paling rapat) . "Maklang takutnya!" Maklang kata... tak pe. Kau boleh buat. (sampai ini umi ingat kata-kata motivasi nek lang u all tu)... so anak-anak umi kena selalu ingat nek lang tu sebab umi membesar dengan dia. Selain aki dan nenek umi memang dibesarkan oleh nek lang.

Jadi akhirnya umi berangkat juga menaiki kapalterbang MAS. Ketika itu daripada terminal menunggu kita akan di bawa menaiki shuttle ke kapal terbang. Turun shuttle kita akan menggunakan tangga untuk naik kapal terbang. Dan ini semua boleh di saksi kan oleh sedara mara yang menghantar daripada terminal. Dari atas tangga itu umi lambaikan tangan ke arah terminal. Lambaian terakhir sebelum umi dapat bertemu semula keluarga selepas 3 tahun
berada di kanada. Umi hanya dapat pulang bercuti pada tahun 1983 kerana itulah peruntukan bercuti yang ditampung oleh JPA. Dalam tempoh 3 tahun itulah umi dapat berita pemergian nyang (arwah Hj Othman). Bagaimanapun umi berpuas hati dengan kenangan umi pada arwah aki sewaktu dia sendiri melepaskan umi selaku cucu pertamanya melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan penuh bangga. Ada ramai cucu-cucunya yang telah melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas itu tetapi umi tak pasti berapa orang yang diiring sendiri oleh Hj Othman Hj Muhammad salah seorang tokoh ulama yang ada di negeri Melaka. Al Fatehah buat nenda Hj Othman bin Hj Muhammad.

DOWNTOWN GUELPH.




Sewaktu menghadapi Grade 13 di Mack International Academy of Arts and Sciences di Toronto, pengangkutan utama ke kolej adalah bas dan subway. Subway adalah sistem pengangkutan bawah tanah yang disediakan untuk orang-orang awam di Toronto. Ia merupakan sistem transit macam LRT cuma bezanya ia berjalan di bawah tanah. Kat Malaysia ia di atas. Sistem pengangkutan di Kanada sangat efisen sebab itu tidak ramai orang menggunakan pengangkutan sendiri untuk ke tempat kerja atau ke sekolah. Kita hanya perlu tahu jadual bas sebab bas sentiasa menepati waktu cuma jangan lewat walaupun sesaat. Bas tak akan tunggu kita. Kos pengangkutan pun tak mahal. Kami hanya perlu beli token, satu token sahaja diperlukan untuk sekali perjalanan tanpa mengira jarak. So kalau kita naik dari hujung paling selatan hingga hujung paling utara laluan bas atau subway tu kita hanya perlu bayar satu token sahaja yang harganya dalam 50 cent sahaja. Di Kanada kita tidak kelihatan miskin semata-mata kerana tidak berkereta ke tempat kerja atau ke universiti. Lagipun di kanada orang tak kata nak ke universiti. I'm going to school tu diguna pakai walaupun untuk ke universiti. Pada mereka buat first degree pun macam ambil SPM je.... 1st degree tu tak ada benda pun. Nak kerja pun dengan 1st degree tu macam budak mentah aje belum tahu apa-apa dalam bidangnya.

Daripada Bagot St umi menaiki bas ke downtown Guelph (pekan Guelph yang selalu aman). Daripada situ umi menaiki bas yang akan melalui Gordon St terus sampai depan University Centre. Sistem pengangkutan di Kanada mudah lagi memudahkan. Sebab tu orang penakut macam umi ni pun boleh survived. Sekarang ni kalau umi di tinggalkan kat KL memang umi tak tahu nak buat apa. Pertama jalan berselirat, kedua pemandu ikut suka hati je, paling mengerikan zebra crossing tak pernah di hormati. Di Kanada, pejalan kaki di hormati oleh semua pengguna jalan raya . Jika pejalan kaki sedang melintas jalan semua kenderaan akan berhenti.