Friday, November 7, 2008

150 BAGOT STREET, GUELPH, ONTARIO


Penyewaan kami di Willow Road tak lama. Berkenalan dengan ramai pelajar yang self sponsored mengajar kami erti berjimat cermat. Hasil daripada perkenalan kami dengan Kak Mar (orang Kelantan) isteri pada Abang Radzi (govt sponsored dari Kelantan) membawa kami ke 150 Bagot Street. Kalau tak silap ummi kami menyewa apartment 208. Kami berpindah ke Bagot St kerana sewanya lebih murah dan lebih dekat dengan hentian bas dan shopping mall.

Bertemu dengan pasangan Normariah dan Radzi membuatkan kami lebih bersatu atas dasar keIslaman. Perkenalan itu juga membawa kami ke program-program konvensyen pelajar Islam yang lebih global lagi. Setiap cuti semester kami akan mengikuti suami isteri ini ke program-program halakah yang diadakan di merata tempat di Benua Amerika Utara.

Seingat umi dalam tahun 1982 umi telah sampai ke Kalamazoo Illinois, lepas tu ke New Jersey, kemudian ke San Diego termasuk juga tempat-tempat lain di Kanada seperti St Catherine dekat Niagara Falls, Montreal dan Ottawa.

Alhamdulillah semua perbelanjaan umi sewaktu di Kanada adalah hasil wang yang umi simpan daripada pemberiaan biasiswa oleh Kerajaan. Umi di taja oleh JPA. Nenek dan aki terselamat daripada terpaksa membiayai perbelanjaan umi di sana. Lagi pun ketika itu manalah ada cara komunikasi seperti sekarang. Talian di rumah pun masih belum ada lagi ketika itu. Kami hanya dapat menghantar khabar berita melalui surat yang setiap satunya memakan masa satu atau dua minggu untuk sampai ke kampung.

Kini setelah mempunyai anak-anak barulah umi dapat membayangkan perasaan hati nenek ketika melepaskan umi belajar ke luar negara. Tentu nenek risau dan rindu pada anaknya. Umi boleh bayangkan tidurnya tentu terganggu memikirkan nasib anaknya yang tidak ketahuan. Hendak ditanya tak ada hubungan cuma mengharap pada ehsan anak yang mengingatinya melalui lembaran warkah yang dikirim setiap minggu.

Bak kata orang bila dah terkena baru kita merasa. Begitulah pengorbanan nenek untuk umi. Buat anak-anak umi ingatlah selalu orang tua mu ini. Jangan masa kehabisan credit aje baru nak ingat umi. Bila umi dah transfer wang ke akaun pun tak sudi nak hantar sms sekadar untuk menyatakan terima kasih.

Saturday, November 1, 2008

26 Willow Road


Tamat Grade 13, kami meneruskan perjalanan hidup di perantauan sebagai seorang pencari ilmu. Umi berjaya diterima masuk ke salah sebuah universiti di Ontario Canada. Bersama dengan rakan yang sama universiti kami mencari rumah untuk di sewa. Dengan bantuan Abang Zai (senior kami yang sekarang ni dah arwah.... meninggal sebab hypertension).
Begitulah akhirnya umi, Ami (Pontian, Microbiology), Alang (Perak, biochemistry) dan Che' Mah (Kelantan, major Microbiology) tinggal se apartment di 26 Willow Road. Kalau tak silap ingatan umi kami tinggal di tingkat 6. Apartmen tu dekat dengan shopping mall. selalunya hujung minggu kami bershopping untuk groceries. kami berkongsi duit belanja (bahagi sama rata), kami kongsi memasak, oleh kerana di sini tak ada warung makan memanglah kami kena masak supaya dapat rasa masakan melayu. Di situ tidak ramai pelajar Melayu, tapi kami sering berkumpul untuk program usrah, barbeque, dan celebrating apa-apa festival especially Hari Raya. Hidup sebagai student di bumi asing itu bagi umi suatu pengalaman yang tidak semua orang boleh dapat. Umi banyak belajar daripada pengalaman itu.

2667 HUMBERVIEW, KIPLING, ONTARIO



1981-1982

Di bangunan ini (gambar bawah) tempat ummi mula-mula menginap berteduh dari panas dan hujan sewaktu menjadi student di Mack International Academy of Art and Sciences untuk selesaikan Grade 13 selama setahun.

Umi tinggal di tingkat 12 bilik no 8. (apart 1208). House mate ummi Shamsiah dan Zulaipa dari Terengganu (lepas tu mereka sambung kat Toledo USA), Pahriyah dari Penang (dia pun ke toledo U) dan Noreha Halid dari Perak (sambung kat York University). Noreha (Le'a) sekarang ni pensyarah di UKM.

Gambar atas tu bangunan Beaconhill view, tempat tinggal pelajar-pelajar lelaki. Cuma walking distance aje daripada bangunan kami.

Student melayu occupied most of the apartments. dari Tingkat 7 sampai tingkat 23 semua ada budak Melayu.

Friday, October 31, 2008

suatu masa dulu.....



Mentari memancar terik memanah ke dalam ruang maktabah (pejabat) madrasah itu. Di ruang pekerja lelaki terdapat 2 buah meja yang menghadap satu sama lain. Terdapat kabinet besi untuk menyimpan fail-fail yang lain hanya beberapa buah kitab-kitab yang ditulis dalam bahasa Arab.

Seorang anak muda berserban dan berjubah putih dalam lingkungan dua puluhan sendirian asyik menaip di mesin taip. Satu-satu jarinya mengetuk. Bukan mudah untuk menyiapkan surat dalam tulisan jawi itu namun dia terus menaip. Di luar beberapa orang anak-anak kecil berserban putih dan berjubah berlari-lari bekejar-kejaran sementara menanti solat asar di musolla. Nun di pesisir pantai menghadap Selat Melaka beberapa orang anak gadis berjubah dan berpurdah menyusuri tepi pantai. Suatu pemandangan biasa di pantai pinggir Selat Melaka itu.

Keheningan senja itu dipecahkan dengan suara memberi salam daripada sebalik tabir yang memisahkan ruang pekerja lelaki dengan pekerja perempuan.
"assalamualaikom ustaz" gemersik suara ustazah daripada balik tabir itu. Sesekali kain tabir itu beralun-alun ditiup angin daripada satu-satunya kipas angin yang ada di pejabat itu.
"waalaikom salam" balas ustaz muda itu setelah lama salam diberi.

"ustaz panggil ana ke?" tanya gadis itu penuh sopan. Di tangan gadis muda itu sehelai nota bertulis dalam tulisan jawi. Dia membacanya di dalam hati.. assalamualaikom, sila jumpa saya di pejabat. Menunduk di belakang nya penuh sabar seorang gadis memakai purdah hitam dan berjubah coklat menemani gadis yang sedang berada di sebalik tabir itu.

"oh ye.... ada hal yang perlu dibincangkan" balas ustaz muda memecah kesunyian petang itu.
" ustazah boleh tunggu ana sebentar" tambah ustaz itu lagi sambil menarik sebuah kerusi dan duduk berhampiran tabir kain yang memisahkan ruang antara mereka berdua.

Gadis yang dipanggil ustazah tadi menarik sebuah kerusi berhampirannya. Hanya bunyi kerusi yang di tarik kedengaran. Dia menunggu dengan sabar. Tangannya membetulkan purdah yang dipakainya.

Ustaz muda itu terbatuk-batuk kecil. Dia menjeling pada botol ubat homeopathy di atas mejanya. Kesihatan nya sering terganggu. Sekujur tubuh kurus nya menahan batuk yang semakin mengeras pula. Angin panas dan kering dari pantai Selat Melaka menambah lagi batuknya. Kertas di meja kerjanya di susun kemas. Dalam hatinya menyusun bicara. Wajah gadis itu tidak dapat digambarkan kerana sentiasa dilindungi disebalik sehelai purdah.

Dari pembesar suara musalla mengalun suara kanak-kanak mengalunkan zikir munajat. Suara merdu itu mengingatkan dia pada tugasnya. Di sini, di pinggir selat melaka.....dia harus memikul amanah.

Thursday, October 30, 2008

BONDA AMMAR


Kenapa ummu ammar?
  1. Ammar adalah anak pertama yang ummi lahirkan kedunia. Sejak Ammar lahir kedunia ummi sudah mula menggunakan nickname baru.... Macam orang arab, menamakan diri ikut nama anaknya... Misalnya ummu salamah (ibu kepada salamah). Untuk pengetahuan anak-anak ummi terutamanya ammar di awal kehidupan berkeluarga kami dulu buyah namakan koleksi buku-bukunya maktabah abu ammar.... Begitulah bangganya kami mempunyai seorang anak lelaki.
  2. Bila muncul Hajar dalam hidup kami... ummi dan buyah amat berbahagia kerana telah ada sepasang anak seorang lelaki dan seorang perempuan. Tapi nickname ummi masih ummu ammar sebab dah dimulakan begitu.....
  3. Tahun demi tahun bertambah anak-anak ummi dan buyah..... Kami bertambah sibuk tapi cukup bahagia.... kerana tak semua insan sebertuah kami. Mempunyai anak yang ramai.
  4. Setiap anak kami berbeza dan unik... punya watak tersendiri... ada yang lembut, perasa, keras hati, panas baran, penyejuk hati dan ada juga ....... macam-macam. Keadilan bagi ummi adalah melayan kerenah anak-anak mengikut watak dan kehendak mereka yang berbeza-beza.
  5. apabila anak-anak ummi sudah mula melangkah ke alam pengajian tinggi... ummi mula terasa letihnya. Masa kecik-kecik dulu tak lah pulak terasa letihnya... Letih dalam banyak hal terutamanya .... apa lagi kalau tidak kos serba serbi.... semua perlu dilengkapi....mahal pulak tu. Bila semua anak di pengajian swasta... memang letih dibuatnya. Tapi ummi bersyukur tak ada anak ummi yang keciciran. Semuanya boleh membaca dan menulis dengan baik. Sampai ada yang guna untuk marah-marah pun ada. (Umi tak pulak berkesempatan untuk marah-marah pada nenek sewaktu hidupnya)
  6. Selagi hayat masih ada... walau sesukar mana sekalipun ummi dan buyah pasti akan cuba usahakan agar semua anak-anak ummi berjaya dan mampu hidup berdikari bila kami tiada lagi di dunia ini.
  7. Ummi ingin merasa kekayaan yang nenek miliki iaitu ... kasih sayang kami semua pada nenek dan aki. Walaupun nenek dan aki tak berada tapi kami semua punya ilmu yang memadai untuk dapat hidup seadanya....Sehingga ke akhir hayat mereka tetap dalam doa kami semua... anak-anaknya yang dibesarkan dan dipersekolahkan dengan susah payah.
So ummu ammar adalah ibu kepada muhammad ammar al husaini, siti hajar, abu dzar al husaini, ummu aiman, mashitah, muhammad ali al husaini, najihah dan syazwani..

kalian semua sentiasa di hati ummi.

ummu ammar

KENANGAN MENGUSIK JIWA





kadang-kadang terkenang kenangan manis keluarga umi yang besar ini.
jarang orang dapat rezeki mempunyai keluarga sebesar keluar ummi ini... 8 orang semua nya campur umi dan buyah dah sepuluh kesemuanya.
Gambar-gambar ni dalam koleksi ummi. Diambil masa cuti bulan Disember waktu tu kita semua sambut birthday buyah kat Sagil. Kadang-kadang jelous gak asyik orang sambut birthday buyah aje.... Birthday ummi ada orang sampai terlupa....Sapelah kita untuk diingati kan.....

So walaupun kita ramai tapi sempat juga meraikan majlis seperti itu kat Sagil pulak tu. Tapi along kita ... seperti biasa bila kita ramai-ramai member macam bosan giler.... tertidur-tidur pulak dia. Ya lah kan .... majlis bersama keluarga mana ada kick nya kan...