Ditatapnya kad jemputan itu berkali-kali...nama pengantin lelaki itu seperti dikenalnya...dia hampir pasti...pengantin itu bekas muridnya...sebagai guru...nama pelajar memang jadi mainan lidahnya...dan tajam diingatannya...dia tak kan lupa...lebih-lebih lagi jika buku latihan pelajar itu sering dirujuk untuk dijadikan sampel bila dia menanda latihan...
diluar hujan renyai2....mereka baru saja kembali daripada menghadiri sebuah majlis walimatul urus sahabat sekerja suaminya...ah...biarlah suami ku sahaja yang keluar....
"bang..saya tunggu dalam kereta sahaja lah" perlahan dia mencadangkan pada suaminya..
"abang pergi jenguk sahaja.." balas suaminya mengiakan permintaannya itu.
"kalau ada gula-gula ambik lah" pesannya kepada suami sewaktu suaminya membuka pintu kereta...
Dia membuka siaran radio kegemarannya..seperti biasa lagu dari siaran sinar berkumandang..tapi hari ini tiada lagu nostalgia untuknya...hanya lagu-lagu yang mendesing di telinganya...lagu itu tidak dapat menarik perhatiannya..
Sepasang anak muda muncul dari celah-celah kereta para tamu yang memarkir kereta disitu..anak muda itu sangat dikenalinya...Sah..bisik dia dalam hati...diikuti di belakang anak muda itu adalah sekumpulan anak-anak muda yang dulu pernah menjadi pelajarnya...
"cikgu..." sapa anak muda itu...
"majlis kenduri Yasir ke?" tanya dia minta kepastian.
"haah lah cikgu...majlis Yasir ni" balas anak muda itu
Dia teringat Muzil abang kepada Yasir yang semuanya adalah bekas muridnya...
Wajah-wajah bekas muridnya kelihatan dimindanya....
Kini beberapa orang daripada nya sedang mengerumuninya...
Solehin telah bernikah dengan Hakimah...rakan sebaya...kedua2nya adalah bekas muridnya...Dia merasa ketuaan dirinya...Solehin akan menimang anak tak lama lagi..bermakna dia akan mendapat cucu...yang dah ntah ke berapa...berdasarkan tinjauan rambang terhadap bekas-bekas pelajarnya yang telah berkahwin dan berkeluarga...
Apakah dia telah menjadi guru yang baik terhadap mereka semua?...apa pun mereka kini bahagia...berguna kepada masyarakat ...paling tidak berguna pada diri sendiri...
diluar kesedaran ....mereka lah sumber inspirasi dia...kecekalan solehin...ketegasan hakimah...sentiasa dalam kenangan dia sebagai guru...
Detik hari ini dia mengimbas suka duka seorang guru...jauh dilubuk hati ..jangan ada yang menyesali kerana pernah berguru dengan dia...
India Trip - Taj Mahal
-
India Day 5 -* Taj Mahal*
Berusaha keras ok nak dapatkan spot nak amik gambo.. hahaha
Kalau pergi ke India, tak pergi ke Taj Mahal.. macam tak pergi Indi...
5 years ago
2 comments:
assalamualaikum buat ummi yang sangat dihormati.Coretan ummi banyak memberi kesedaran dan mengetuk minda untuk bermuhasabah.Sebagaimana umi,Baru semalam saya bertemu dengan bekas murid saya yang kini bergelar pegawai penguatkuasa jaj,sama seperti suami saya.Bagai tidak percaya tapi itulah kenyataannya.Pelik tapi benar!Entah kenapa hati ini senang dan tenang melayari blog ummi.Mungkin dalam diam-diam,tersembunyi rasa kagum dan terpesona dengan keindahan akhlak ummi.
assalamualaikum ummu Ammar.
pasti Ummu Ammar seorang guru yang berhemah tinggi...semoga anak-anak murid mu sentiasa mengingati jasa seorang guru terutama dalam doa...
Post a Comment