Saturday, May 10, 2008

To Kakcik with love


Assalamualaikom.


Ummi rasa bulan May adalah bulan untuk ummi meraikan...... anak-anak ummi. 10 years ago kakcik di lahirkan after 9 years umi lahirkan kakngah.


Bila nak raikan kakcik kami kena fikir kembar tak sama tahun dengan kakcik iaitu Wani. Whatever for kakcik goes for wani tu. So we bought kakcik another teddy bear and an alarm clock (as her special wish....). "both" of them were so happy.


That night we celebrated "them" in KFC at Kmart Muar (as Kcik's twin wish).


The day before we went to a restaurant at seaside Muar (coz ummi was so lazy to cook). Alas the twin in the family were so unhappy with the menu of the night that they almost felt asleep at the dinner table.


So that 9 of may night, the four of us went to KFC celebrating the birthday girl. As expected we were fired with questions until one final questions from the youngest in the family (most talkative one in fact) . "Buyah kacak tak masa muda-muda dulu? that final question really a knockout which sent buyah speechless.


Actually the dinner went well with the "twin" chitchatting like a sound from the music box. A lot of comments came out too from both of them. Even the song played by the Kmart got a firing comments from them. You know they were appreaciating one song from a pop group while commenting this "buyah.... lagu ni sedap tapi penyanyi dia tak kacak" something like that.....


So there goes the 10th birthday in kakcik's life.


meaning that ummi and buyah is also another 10 years older if refering to kakcik alone.


but ummi and buyah realised that now we are actually 20 years older because Along Ammar pun dah celebrate birthday dia on the 24th of Mach tempoh hari.


Anyway.... bagi ummi dan buyah kami gembira kerana hidup kami di busykan melayan anak-anak especially during the weekend. Masa akan datang tak tahulah yek adakah anak-anak ummi dan buyah akan mem'busy'kan diri mereka melayan kami yang dah uzur pada masa itu.


Moga Allah memberkati hidup kita dan mencetuskan kasih sayang di hati kita sekeluarga.


salam dari ummi

Happy Birthday to kakngah and kakcik


Lama tak dengar berita kan?


2 Mei lalu kami sambut birthday kakngah.


susah betul nak cari hadiah untuk kakngah to show how we appreciate her in our life. Mana ada parents yang tak nak anak dia gembira. So finally on our way to send her back to JB kami singgah di beberapa kedai untuk cari hadiah tanda ingatan untuk kakngah. Finally we found the right one for kakngah dekat TESCO. Hmmph a teddy bear as big as ummi. (real big) and a pillow handcraft with the word LOVE in red. Kakngah seemed to be so happy. She carried the big teddy bear with her in the bus.


Ummi berharap kakngah akan lebih dewasa dalam hidup ini. (She is now nineteen) . Ummi was in Canada when I was at her age. Hopefully kakngah will not be spoiled with all the bad influenced that might occur in her life. Ummi was surrounded by the Canadian with their good and bad kind of life. But ummi was too proud to be a muslim in the middle of the unbelievers in Canada. So stand up strong as a good muslimah.


Okay..... until the next letter..... Bye love all of U

Thursday, May 8, 2008

Selamat Hari Jadi Kak Chik










Apa khabar semua anak2 buyah? , doa sehat dan ceria selalu. hari ini ulangtahun kelahiran kak Chik dan usia kak Chik dah 10 tahun. dah besar pun, tahun 4 SKJ (China) Chung Hwa. Buyah doakan najihah akan sehat dan berjaya dalam pelajaran. Ingat kena belajar rajin2 di sekolah pagi dan petang di sekolah Agama. Banyak kelebihan kak Chik sekolah di Chung Hwa tu, selain boleh berkomunikasi dalam bahasa china, kak chik juga boleh menguasai pelajaran2 lain dengan lebih baik. Buyah baru balik dari radio dan pesanan untuk anak2 buyah yang lain, gunakan kesempatan masa muda sebelum tua. Rajin2lah beramal ibadah.Ok, selamat belajar.

Hari ni Ummi tak ada kelas tapi Ummi temankan buyah kat ofis sambil sibok menyediakan bahan P&P dan sambil2 tu sempat juga melayan teman2 sekolah lama Ummi yang baru ditemui melalui alammaya internet. Tahniah! Ummi.


Salam sayang dari buyah untuk semua.

Tuesday, May 6, 2008

Dari room 414 Hotel Royale Seremban

Assalamualaikom,

anak-anak ummi semua apa khabar?

Masa ummi menulis ni ummi berada di Seremban menghadiri mesyuarat 3 hari mulai Isnin 5 - 7 Mei, 2008 di Hotel Royale Bintang Seremban.

Terima kasih pada buyah yang telah menghantar ummi ke Seremban walaupun buyah sibuk dan letih. Thanks again.

Ahli mesyuarat terdiri daripada pensyarah-pensyarah dari pelbagai IPG seluruh Malaysia. Kebanyakan nya doktorate atau ada title Dr depan nama masing-masing. Ummi rasa cuak jugak bila urusetia program asyik refer to those dr in the hall. Hai takkan lah orang yang tak ada doktorate ni tak dapat menyumbang idea ke? Bosannya mereka ni.

Buat anak-anak ummi kalau nak futher study buatlah awal-awal sementara usia muda. Jangan jadi macam ummi ni bila ada keinginan nak ambil Phd tahu-tahu umur dah terlebih.

Okaylah, lain kali ummi tulis lagi.

bye.

Friday, May 2, 2008

Selamat Hari Jadi ke 19





Assalamu'alaikum wbt.


Buyah nak ucapkan Selamat Menyambut UlangTahun kelahiran anakanda buyah yang ke 2 iaitu Siti Hajar. Didoakan siti hajar beroleh kesehatan dan keceriaan dalam menjalani tugas praktikal di Hospital Kulai Johor. Lalui jalan hidup keremajaan ini dengan penuh waspada dan kepatuhan kepada Syariat Islam. Gunakan ilmu agama dalam menghadapi pancaroba kehidupan yang banyak liku-liku dan onak duri. Rasailah kasih sayang ummi yang melahirkan siti hajar dengan penuh keinsafan. Sebagai seorang bakal jururawat, maka semangat daya juang dan ketabahan diri serta kesabaran perlu dijelmakan dalam aktiviti harian bersama rakan-rakan. Tiada hadiah istimewa yang dapat buyah berikan melainkan doa restu dan ingatan abadi untuk anakanda siti hajar.



Setelah 19 tahun berlalu, buyah merasakan siti hajar kini sudah mengenal erti kehidupan, namun ketaatan kepada ibu dan ayah mesti dipatuhi, penghormatan dan kecintaan kepada umi dan buyah perlu ditingkatkan. Teruskan pengajian siti hajar dalam membantu dan merawat pesakit dengan keikhlasan yang semuanya itu, insya-AlLah akan dibalas dengan ganjaran pahala. Dikesempatan ini juga buyah mengharapkan anak-anak buyah yang lain,along ammar, uda abu dzar, umu aiman, mashita, mohd ali, kak chik najihahdan syazwani akan terus belajar bersungguh-sungguh. Guna pesanan Nabi Muhammad S.a.w, Gunakan 5 kesempatan sebelum datangnya 5 perkara, muda sebelum tua, sehat sebelum sakit, lapang sebelum sibuk, senang sebelum susah, hidup sebelum mati .


Salam Sayang dari Buyah

Thursday, May 1, 2008

GAMBAR OH GAMBAR

Assalamualaikom anak-anak semua,

Ini lah alkisah seorang wanita yang 5 tahun lagi akan memasuki era warga emas , sedang cuba nak memasukkan gambar dalam blog yang diusahakannya.
Asyik gagal aje....... camna yek?
hah ! akhirnya keluar gak gambaunya.......

Tu gambar buyah jadi pengerusi forum perdana dekat Alor Gajah, rasanya lah... Banyak sangat tempat ceramah buyah sampai ummi dah tak leh nak keep tract.

Buyah jadi pengerusi forum yang ahli panelnya terdiri dari Mufti kerajaan Johor dan Prof Dr Sharifah Hayate Syed Ismail.

Nanti ummi nak masukkan lagi gambar yang bermakna dalam hidup ummi...

Bye, wassalam