Saturday, April 23, 2011

ASAM PEDAS KEHIDUPAN PART 1

Lebuh AMJ masih gelap pekat lagi ketika dia meredah perjalanan untuk ke IPG. Hari ini dia memandu sendiri Sylphy Nissan yang menawarkan segala macam keselesaan. Udara sejuk menyerebu keseluruh tubuhnya dari dash board kereta itu. Sambil mendengar tazkirah daripada radio IKIM dia menutup sebahagian rongga air cond bersebelahan stereng untuk mengurangkan kesejukan di suboh itu. Hanya dengan satu panggilan talipon daripada rakan setugas telah membawa dia berada di belakang stereng kereta dipagi Sabtu ini. Jam kereta menunjukkan pukul 6.28 pagi ketika dia berhenti di depan trafik light ke Merlimau.
'entah apa gilanya aku memandu seawal pagi ini' bisik dia dalam hati. Suaminya masih bermalasan di atas katil ketika dia telah bersiap untuk keluar. Kesihan suami yang kurang sihat itu terpaksa ditinggalkan di pagi hari minggu itu. Dia sempat menjengah anak yang bongsu untuk mengingatkan anaknya itu yang akan menyertai pertandingan bersajak pada hari ini. Betapa anaknya itu memerlukan perhatiannya di hari ini sedangkan dia sudah bergegas untuk segera sampai ke IPG. Panggilan telepon daripada rakan sejawatannya itu terngiang-ngiang ditelinga.
" Kak, kita kena sampai pukul 7 pagi kak,Puan Syarifah tu kata dia nak sampai kat IPG pukul 7.16 pagi" begitu tegas sahabatnya itu untuk memastikan dia benar-benar faham keperluan dia meninggalkan rumahnya yang berada 46 kilometer daripada IPG. Akur dengan kenyataan itu dia buru-buru bersiap untuk memastikan dirrinya telah berada di IPG lebih awal daripada tetamu yang diraikan.

Sebelum dia meninggalkan rumah dia sempat meninggalkan pesan pada anak lelakinya yang akan menyertai rombongan ke Kuala Lumpur pada pagi itu juga. Seperti anak bongsunya kedua-dua mereka harus sampai ke sekolah seawal tujuh pagi sama seperti dia. Namun pagi ini dia akan membiarkan anak-anaknya diuruskan oleh ayahnya sahaja. Sedikit kekesalan bermain dihatinya. Namun panggilan telepon dariapda rakan sejawatnya itu membuat dia akur bahawa di pagi ini tugas mengatasi segalanya.

Lebuh AMJ sunyi sepi. 'sapalah yang ingin memandu di pagi hari Sabtu hari cuti buat semua pekerja' dia melamun sendirian di belakakang stereng kereta Sylphy keemasan milik suaminya. Meter menunjukkan kelajuan 100 km/j. Dia tak perlu terburu-buru. Jam menunjukkan pukul 6.38 ketika dia memintas trafik light ke Bukit Lintang. Masih awal lagi.

(nantikan sambungan kisah ini dalam keluaran akan datang)

Monday, January 31, 2011

Benarkah aku dalam ingatan mu?

Nota pesanan ringkas daripada hp itu kubaca berulang kali...terlalu manis untuk ku serap dalam hati ini...bagai menambah rongga-rongga oksigen dalam isi dada ku ..begitu berkesan sekali pesanan ringkas si penulis yang tiada ku tahu siapa gerangannya..

"Salam, cikgu, sihat tak? I'm missing u already, cikgu..I miss your jokes, laugh n everything abt u..take care cikgu..."

hah...entah siapalah gerangan yang telah mula terasa ketiadaan diriku ini dalam hidupnya...yang pasti dia muridku...

pesanan ringkas itu ku jawab juga dengan satu pesanan ringkas seadanya...

"terharu saya membacanya. InsyaAllah akan ketemu dalam IPG jugak..take care u too"

Kutulis balasan nya sedemikian rupa kerana aku amat yakin nota itu ditulis oleh seorang pelajar yang kelasnya telah diambil alih oleh pensyarah lain...dalam hati ku terdetik ...mungkin dia yang menulis kerana dia nampak terkesan dengan perubahan jadual tersebut..

Lewat kemudian...sewaktu melayari laman facebook yang dikerumuni oleh ramai bekas pelajar ku baru aku tahu siapa pemilik nota pesanan ringkas itu..bukan murid yang kusangka tetapi murid yang telah pun tamat pengajiannya dari kolej ku ini..

Diambang usia emas ku ini ...aku mula merasakan kemanisan menjadi seorang pendidik..dan makna diri bergelar seorang guru...

Menjadi seorang yang diingati memang amat menyegarkan...seperti sepohon pokok yang mendapat siraman dari hujan gerimis..

Semoga aku dapat mengongsi pengalaman ini bersama anak-anak didik di kolej yang kini semakin dekat dihati ini...

Cuma kadang-kadang terlintas juga bisikan ini..
"benarkah aku dalam ingatan mereka itu?"

Saturday, January 15, 2011

Azam tahun ini...

Salam buat semua anak2 ummi...

Umi tak tahulah apa azam anak2 semua...yang pastinya ummi tahu ada dua orang anak umi yang akan menduduki peperiksaan tahun ni...dan ada 2 orang yang dah berada di tahun akhir kolej tahun ini...

bagi umi tahun ini umi harus bekerja keras untuk menyiapkan kajian ini yang sudah separuh jalan. Umi teringat pesanan seorang pakar motivasi dalam rancangan di radio ikim yang umi dengar setiap pukul 7.30 pagi semasa dalam perjalanan ke tempat kerja...Menurut beliau, azam mesti diwar-warkan dan ditekadkan untuk dicapai dan bukan sekadar impian yang tidak cuba dicapai...

So kali ini umi ingin nyatakan disini umi berazam untuk menyelesaikan proposal umi supaya umi dah boleh mula memungut data kajian yang dapat umi buat analisanya pada tahun depan...So anak-anak umi tahun 2012 umi akan selesaikan kajian umi ini dan menyiapkan penulisan thesis umi. InsyaAllah..

Jadi anak2 umi marilah kita bersama-sama berusaha ke arah apa yang kita azamkan ....jangan lupa dekatkan diri kepada Allah agar segala usaha kita ini diberkatinya....

Wasalam...Ummi...

Thursday, December 30, 2010

Kemanakah idea itu pergi???

Ingin sekali aku menulis memanjangkan penulisan itu...tetapi idea ku seakan beku...disejukkan oleh peti sejuk hawa dingin sedingin kutub artik...Kemanakah agaknya pergi mood untuk menulis itu..semalam ada lintasan untuk menulis...seandai boleh aku cairkan kebekuan minda ku ini dengan menggunakan microwave...mungkin juga akan kulakukan (dengan syarat tidak memudaratkan fizikal ku ini).

Entah kenapa...sudah dua hari aku berkelakuan begini...menghadap skrin komputer namun aku tidak mampu untuk melontarkan idea untuk mula menulis...Tuhan...bagaimana harus aku lakukan untuk memurnikan penulisan ku yang baru separuh jadinya....sedangkan data harus ku kutip untuk menyokong kajian ku ini...dan isnin ini pengajian di kampus akan bermula lagi...kelas baru akan bermula...dengan wajah-wajah pelatih baru...

adakah esok akan lebih baik buat ku...atau haruskah aku mencari jalan lain untuk mencairkan idea yang tiba-tiba beku dan tak kunjung datang ini....ohhhhhhhh...tolong....

sesuatu harus ku lakukan......ya ampun....

Monday, December 27, 2010

Menjelang Penghujung 2010

Salam buat semua,

Tiba-tiba saja semalam teringat untuk menjengah blog yang telah lama tidak di updatekan ini..Dan di situ ada komen yang mencuit memori...rupa-rupanya adik junior di Guelph yang dah lama tidak ketemu...Memang banyak memori yang kita kongsi bersama kan Rahimah...membaca komen dan blog Rahimah membuat hati ini ingin sekali menulis di blog yang pernah kucurahkan isi hati...

Begitu lama sekali tidak menulis di blog ini sehinggakan alamat emel nya pun telah ku lupakan..(terpaksa menukar password kerana yang lama telah kulupakan)

Begitu banyak sekali perkara telah berlaku rupanya sewaktu blog ini kutinggalkan sepi...begitu banyak account emel baru telah ku create sehingga emel untuk blog ini telah ku lupakan sama sekali ter'delete' dari memori ku yang sudah semakin uzur ini...

Apa pun syukur kerana menjumpai Rahimah @mawar di sini semoga kita dapat menghubung tali silatur rahim...

Salam ukhuwah dariku

Ummuammar..

28 Disember, 2010

Saturday, February 6, 2010

Erti Kemewahan

Dari tingkap kereta itu dia menoleh ke arah sebuah rumah kecil di tepi sawah….berhampiran rumah itu bangsalnya dipenuhi dengan besi-besi buruk …..rumput di hadapan rumah itu juga sudah hampir menutupi pagar rumah tersebut…rumah yang pernah dihuninya..

Dia teringat betapa bangsal itu dulu tempat diparkirkan kereta kepunyaan suami nya , sebuah mazda buruk yang dibeli sejak dia masih menuntut di universiti lagi…Dia juga masih terkenang betapa setiap pagi dia terpaksa menolak kereta itu supaya kereta itu boleh dihidupkan enjinnya…Betapa kereta tua itu terpaksa diikat pintunya agar tidak terbuka sewaktu kereta itu berjalan…dan kereta tua itu jugalah yang menjadi pengangangkutannya sehingga lah ianya hilang suatu hari di bengkel kereta…

Di bangsal itu juga tempat berhentinya lori yang menghantar perabut sempena majlis perkahwinannya daripada rumah nya dikampung. Dia masih ingat betapa ayahnya hanya singgah sebentar untuk menurunkan perabut itu agar dapat digunakan di rumah pertamanya sejak dia berumah tangga. Dia sedar betapa ayahnya tidak mahu singgah lama di situ kerana terlalu sedih melihat betapa uzurnya rumah anak perempuannya yang baru berumah tangga. Satu-satunya anak mereka yang memperoleh ijazah daripada luar negara tetapi telah mengabdikan diri demi perjuangan di madrasah itu dan hidup dalam keadaan serba dhaif.

Rumah pertama mereka hanya dilengkapi dengan sebuah bilik tidur dan sebuah bilik air…tak lebih daripada itu. Ia bukanlah sebuah rumah yang sempurna….hanya sebesar ruang tidur utama di rumah yang di diaminya kini… rumah itu juga tiada bekalan elektrik…dia masih ingat bagaimana mereka terpaksa bergelap selepas mentari terbenam…kadang-kadang suaminya terpaksa menyambung generator ke kereta tuanya demi untuk mendapat kan cahaya sementara menanti solat isyak…

Rumah itu tidak memerlukan dapur yang sempurna kerana mereka jarang memasak…Dia hanya perlu memasak nasi…lauk nya diambil daripada dapur madrasah…mereka akan menikmati hidangan sama seperti yang dinikmati oleh banat dan walad di asrama….

Kereta yang dipandu suaminya berhenti di hadapan simpang berhampiran pasar kuala sungai baru. Dia tiba-tiba terkenang…suatu ketika dulu…sewaktu mereka masih di madrasah itu…itulah satu2nya tempat yang tidak pernah disinggahinya…kerana mereka memang tidak pernah membeli lauk mewah seperti orang lain…selain daripada makanan yang diambil daripada dapur asrama, suaminya hanya membeli sayur dan ikan kering sahaja… itulah lauk yang paling digemari oleh suaminya…sayur masak bening dan goring ikan masin …Ketika itu….lauk seperti itu adalah suatu kemewahan buat mereka…