Sunday, April 26, 2009

pertama kali ambil MC...

Sepanjang sejarah perkhidmatan sebagai guru, boleh kira berapa kali ummi ambik MC. Rasanya masa kat sekolah seri mahkota dulu sekali aje kot. Masa di maktab... inilah kali pertama ummi ambil MC. Pernah jugak dapat MC tapi ummi masih pergi maktab....

So this morning I went to poliklinik ayer keroh. Alhamdulillah tak payah menunggu lama walaupun klinik tu menumpang kat bangunan kota gemilang tapi efficient jerk gayanya. Efficient lah bila ummi tak perlu menunggu lama macam kat poliklinik peringgit dulu. Dah lah tu...sampai masa dapat jumpa doktor ... hampeh betul... doktor tu tak angkat muka langsung untuk memandang patient dia. Ambil bp pun tidak... Ummi kononnya nak apply mc sebab demam dan batuk... tak jadi sebab doktor tu tak ada PR langsung. Serik betul ummi. Sebab tu hari ni ummi ke ayer keroh.. walaupun klinik tu kelihatan macam klinik kat India (dia orang menumpang bangunan tu sebab klinik mereka tengah renovate... bangunan tu berkulat).

kelihatan macam suasana klinik kat third world sebab semua benda transparent.... macam klinik kat gaza... tapi okay lah... umi puas hati... tak payah tunggu lama-lama... bila masuk jumpa doktor.... muka dia alah-alah muka cikgu gitu... (muka cikgu .... macam stern.... tegas... tapi tak garang) I prefer wajah begitu ...daripada muka doktor yang macam muka cikgu pelatih PISMP... wajah comel-comel.... baby face gitu.....buat kita tak yakin... ye ke..doktor dia ni.... macam tak caye je... cikgu-cikgu pelatih ummi tu kalau gi sekolah rendah mesti anak murid suka... sebab macam wajah kakak-kakak dia orang ajer....Hemmm macamana lah nak control student...boleh ke.... cuba jawab....(u all pismp students mesti kena buli kat sekolah nanti)

So ringkas cerita... Ummi describe the pain that I have been suffering for 3 month (almost or more) I don't remember. I am already immune to it... Kesakitan nya akan bertambah atau mengurang.. depending on how I work or overwork... of course bila dah jadi student balik ni.. I will be overwork. So dia ambil BP.... confirm...I'm not a high blood pressure patient. She asked me whether I have checked my sugar and cholesterol level... umi kata .. sugar..yes but...cholesterol...no. So she set an appointment for an overall checkup.. due next two week... sebab checkup tu hanya ada on friday sahaja. Next friday is a holiday... fine... I said okay... moga-moga they won't assign me for another outstation on that day....

So umi pergi farmasi... pun tak perlu tunggu lama....

I was given a day off by that nice doctor.... So today I am away from maktab... a rest day for me...

so Hajar, (my little nurse) ummi dah pergi buat checkup... buyah dah hantar ummi...walaupun today dia busy sebab ada audit sirim kat ofis dia.

untuk Ummu Aiman (kat Syarodz) hopefully she read entry ummi ni....

HAPPY BIRTHDAY TO YOU... WE ARE PROUD TO HAVE U AS A DAUGHTER....U HAVE GIVEN US A HAPPY 17 YEARS..

Moga tahun ni Eman lebih berjaya lagi dalam kehidupan (with ur SPM coming soon)

Ummi and Buyah wish you a happy birthday.....

WE LOVE U.....

Friday, April 24, 2009

PENSYARAH UNIVERSITY KE PENSYARAH MAKTAB?

Ummi tengah siapkan assignment. Walau apapun yang terjadi assignment ini mesti sampai ke tangan pensyarah esok. Masalahnya peneman setia sebelah umi sejak dari pagi tadi tak henti-henti bercakap macam burung berkicau-kicau....

"banyak lagi ke keje ummi ni" suara perihatin dari wani.

"kesian ummi" tanda simpati tak berbelah bagi.

" umi tahu tak.... " blah....blah....blah... apa lagi kalau tak gosip kawan-kawan dia. suara minta perhatian.

"bila boleh siap kerja umi ni..." tanda-tanda wani dah tak boleh bersabar.

"kalau macam tu tak dapat lah ani nak jalan-jalan dengan umi" tanda-tanda wani sudah mula protes

lepas tu luahan perasaan lagi...
"umi ni tak boleh ani nak berborak-borak dengan umi, asyik sibuk aje" tanda-tanda wani sudah bosan dengan kerjaya ummi

"ummi dah besar nanti ani tak nak jadi pensyarah" declare wani pada ummi akhirnya.

"tak apalah .... ani jadilah pensyarah macam mokteh" balas umi pada ani

"tak nak lah... kena mengajar juga... nanti kena tusyen lah,, kelas tambahan lah,,,, macam-macam.

"pensyarah kat university senang sikit tak macam pensyarah kat maktab" umi menambahkan point untuk ani fikirkan.

"tak nak lah ... ani nak jadi pelukis bebas..." ani menguatkan hujah dan azam.

"jadi pensyarah. selalu tinggalkan rumah. asyik kena pergi kursus aje" leter ani ditujukan pada ummi.

"pensyarah kat university senang sikit, tak macam pensyarah maktab" umi mempertahan kan hujah.

"ani nak jadi pelukis... senang tak macam pensyarah. ani pun heran kenapa ramai orang nak jadi cikgu, mengajar orang, memang tak best" ikrar wani tahun 2009 selepas 10 tahun dia dilahirkan.

Umi tahu kehidupan yang umi lalui sebagai pensyarah dan guru dalam abad ini memang telah memberi persepsi yang buruk pada anak umi sendiri.

Moga anak bongsu ummi ni nanti dapat kerjaya yang lebih baik daripada ummi dia......

Lagu sedih di Sedili...

friday 17 april

handphone berdering...
suara ketua penasihat PPIM.... halimah u kena pegi camping kat sedeli... nama u ada dalam senarai..

hidup ummi tiba-tiba jerk jadi huru-hara... macamana ni... tiba-tiba jerk nama naik ni... biar betul..hari tu kata tak payah pergi... kenapa jadi begini.

Monday 20 april...
no ustazah fatimah di dail...
Halimah... akak dah jumpa pengarah.. akak dan kak mon tak pegi tapi halimah kena pegi..
lah .... macam tu pulaknya.....why me???????

handphone berdering...
Halimah... u kena pegi....juga.... suara ketua penasihat..... arahan yang tak boleh dibantah lagi...

dalam hati siapalah aku... pensyarah baru... yang tak ada apa-apa kuasa... kecuali menuruti perintah.

so....
program ke PWTC terpaksa diganti oleh orang lain....

21 hb april...
pukul 8 pagi lagi kami berempat... umi, zizah, halimah jtp dan ketua penasihat bertolak ke sedeli, kota tinggi.

misi kami mengiring guru pelatih untuk kursus kepimpinan asas.....

di sedeli sakit belakang ummi menjadi2. .... umi called kawan minta cari kan orang lain to replace me for another course dekat KL dari 27 sampai 30 april... umi kata umi tak sihat....

24 april ....
bertolak balik ke melaka...

rupa-rupanya riuh lah dekat maktab.... halimah tak sihat.... tak dapat pergi kursus...

oh....tuhan... mengapa jadi begitu... ambil MC tu perkara luar biasa buat ku...
rasa-rasanya my students pun tahu betapa aku suffer sakit belakang....
still ummi tak ambil MC...

tapi,,,, sekali umi minta pengecualian untuk menghadiri kursus... itu pun sebab dah berlanjutan beberapa kursus yang umi kena hadiri....

semua orang ...... tahu... tiba-tiba nama umi naik.....sedihnya........

Sunday, April 12, 2009

MESTI ADA ENTRY BARU KAN......

JADUAL UMMI.....

4 april ada ujian....

lulus dan memuaskan.... kertas kaedah penyelidikan 2. Pertama kali hadap exam dengan hanya membaca sebelum ujian esok harinya. Soalan objektif 60 soalan.... hi hi hi.... keputusannya macam okay jerk...

6 hb dapat cerita kena pegi kursus...

7 hb bertolak ke hotel Plaza berdepan dengan bangunan KLMU di mana saudara Abu dzar al husaini sedang belajar. (belajar ke????)

so daripada 7 sampai 10 ummi berkursus lah untuk jadi pemimpin pergerakan puteri islam (PPIM) di maktab nanti.

Jadual sikitlah punya pack.... tak dapat nak bernafas. mula seawal pukul 5.45 sebab kena berjemaah setiap waktu. Lepas tu ada tazkeerah... sambung buat TCP (ala-ala kawad lah rupanya) Lepas tu breakfast. Then lecture... break untuk minum dan makan aje... sampailah pukul 5.30. Lepas tu solat maghrib berjemaah..

awal-awal program mereka kata volunteer untuk mana-mana bahagian yang diperlukan ... so umi volunteer jadi pengerusi untuk satu slot... dan volunteer untuk bahagian dokumentasi.. kononnya jangan pasif sangat.. rupa-rupanya tanpa umi tahu... depa bahagian kerohanian letak umi untuk bagi tazkeerah. (agaknya sebab umi pakai tudung labuh... mereka ingat umi ni ustazah kot). So end upnya nampak macam peserta aktiflah ummi ni...

Pensyarah bila dapat microphone... macam lupa diri....begitulah umi korang ni. Bila jadi pengerusi slot... lebih sudu daripada kuah pulak bila bercakap kat depan tu... nak buat camna...

so bila sampai slot tazkeerah... umi plan tak nak cakap banyak... tunjuk video yang boleh beri peringatan. nasib baik brother abu zar ada. dapat pinjam speaker... berjaya lah dari sudut presentationnya sebab suaranya jelas.....

apa-apa pun....umi stres habis sebenarnya ... sebab kesibukan itu tidak membenarkan umi untuk menyudahkan assignment yang kami janji nak hantar esok (isnin..11 hb).. mana nak buat... nak hadap laptop pun tak sempat... tiap-tiap hari habis pukul 12 malam.

so ... on friday umi dan 3 orang kawan lain balik menaiki kenderaan maktab...

saturday... belakang ummi sakit semula...
ahad.... pergi walimatul urus rumah mertua Dr Zaini Ujang di Kuala Sg Baru...

dan esok... umi kena pergi IPTI di Johor Baharu... sebab ada mesyuarat JK PPIM zon selatan untuk perkhemahan yang akan diadakan pada 22 april ini....

assignment separa siap.... tak pelah... umi sedang cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan mencabar ini...
kalau u all nak tahu lagi sebenarnya 22 sampai 27 tu umi kena pergi bawa pelajar ke Kota Tinggi Johor. Tapi kawan-kawan dah bantu supaya nama umi dikecualikan. Alhamdulillah.

walaubagaimanapun 21 umi kena pegi PWTC semata-mata untuk cari buku bagi pihak jabatan ilmu pendidikan untuk pusat sumber IPG kampus KPM. Tak pelah yang penting ummi tak kena pergi kota tinggi sebab yang pasti ada satu lagi program menunggu dari 27 sampai (4 hari ) kursus e-learning kat KL pulak. Itu memang kena pergi....

so anak-anak ummi ... u all yang belajar tanpa ada masalah lain nak diurus belajarlah betul-betul capai yang maksima.... ummi ... walau sibuk insyaAllah akan teruskan juga perjuangan ini.. Moga-moga anak-anak ummi ambil iktibar daripada perjalanan hidup pelajar tua seperti ummi ini.

Bak pesanan rasulullah saw:
rebutlah 3 sebelum sampai masa 3 iaitu.

masa muda sebelum sampai masa tua
masa sihat sebelum sampai masa sakit
masa lapang sebelum sampai masa sibuk..

fikir-fikirkan.... renung-renungkan..

Sunday, April 5, 2009

KELAM KABUT

hari ni blog ini kena digunakan untuk lepas tension.

pagi2 lagi ali dah buat hal... tak nak pergi sekolah.

so ummi hari ini lambat sampai pejabat....

on the way... ustazah fatimah call pulak... kursus puteri islam yang tertangguh kononnya jadi pulak. tapi surat tak dapat lagi.

kata ustazah fatimah memang confirmed....

macamana ni....

umi tak nak keluar lagi minggu ni... sebab... assignment pelajar tak habis tanda.
assignment yang tertunggak tak siap lagi ni.
hari jumaat ada meeting kat johor baharu..

macamana ni....

hait pening nya...

besok nak ke KL tapi tak ada kenderaan...

camna!!!!!

Friday, April 3, 2009

MINGGU YANG STRES

Isnin...april fool
tapi sebenarnya kami pensyarah kat JIP tu dah terlalu tua untuk sume tu..

dan... fool atau tak fool memang kami akan tetap di april fool kan pada 3 hb april ini...

kami akan di audit.

Selasa.....
folio pensyarah yang ummi siapkan berkali-kali umi semak....
selalunya begitulah,
memang ummi hati-hati,
tapi bila di audit, masih ada juga kesilapan sana dan sini...
tapi kali ini,
auditor datang daripada IPG sultan Mizan terengganu,

Rabu,
Mereka datang satu bas.....
Hari pertama, bos JIP kata hantar folio, rupanya folio umi antara yang awal kena audit
1.30 kata bos halimah dan anuar sila turun ke kesidang pukul 2.30 petang auditor nak jumpa
bawa turun sukatan dan proforma,
haiseh... kantoi lah....ini mesti pasal hour tak cukup , subjek pedagogi plak ni... alamak,
lunch ummi tengahari itu berlalu begitu sahaja, umi tak rasa lapar lagi..
2.30 tepat umi dan anuar turun beriringan,
alhamdulillah the only woman auditor yang audit kami,
beres.........lepas audit kakak-kakak PAR pelawa ummi makan nasi.
umi tak menolak... makan nasi penuh selera tapi anuar hanya makan buah...
terbaliklah plak pakwe tu jaga badan.. dan umi.... hahaha.

sesampai kat jabatan,
grace kata... "halimah.... auditor tadi datang tengok bilik MSISO ... dia puji... dan nak bench mark bilik ISO ni..."

bilik MS Iso tu memang punya banyak sejarah dalam hidup umi sebagai pensyarah baru di situ...
seperti beberapa bilik di tempat lama umi bekerja...
ia adalah trade mark...
ia adalah kepuasan peribadi...
kerja yang penuh syok sendiri...

tapi...
selesai audit....
satu lagi masalah menanti..

yang pastinya esok 4hb april 2009,
satu sejarah peribadi akan muncul
dalam sejarah hidup ummi sebab inilah kali pertama,
umi tak dapat menyiapkan assignment umi sebagai student.

u all tahu tak... ni.
inilah kali pertama umi tak bersedia untuk hantar assignment.
assignment pertama sebagai student PhD,

OH TUHAN.... ASSIGNMENT TAK SIAP LAGI.
Prof Othman.... Prof Hafiz.... Dr Rahim... Dr dayang...of UTM
ASSIGNMENT TAK SIAP LAGI.....
CAMNA NI......

Adakah ini suatu APRIL FOOL.
atau umi becoming a FOOL.
oH nO......not that fool...