Sunday, August 31, 2008

Selamat Berpuasa





Apa khabar semua anak2 buyah. Doa sehat dan ceria selalu. Diam tak diam kita semua dah masuk Ramadan. Bulan yang penoh keberkatan. jangan lupa ambil peluang yang ada. Ammar, Hajar, Abu Dzar, Aiman, Mashitah, Mohd Ali, Najihah dan Syazwani. Sempena Ramadan ni, mari kita doakan kejayaan untuk Mohd Ali dan Mashitah yang mengambil peperiksaan UPSR dan PMR. Biarlah kejayaan ummu Aiman berulang yang mendapat 9A dan Mohd Ali mencipta kejayaan cemerlang dengan 5A. Insya-AlLah.



Buyah dan Umi gembira, sahur hari pertama anak2 buyah semuanya ada dan dapat makan sahur bersama. Iftar hari pertama kurang 2 orang anak buyah , kak Ngah Hajar dah balik ke Larkin, Johor Bahru jam 9.00 pagi tadi. Abu Dzar balik ke KL jam 2.00 petang. Selamat dalam perjalanan.



Selamat Berpuasa diucapkan juga kepada semua keluarga Umi dan Buyah yang ada di seluruh Malaysia dan khususnya yang ada di Shah Alam, Kelang, Johor, Negeri Sembilan dan semuanya didoakan sehat dan bergembira dapat bertemu Ramadan tahun ini 1429H. Bagi yang sakit yang didoakan cepat semboh dan bersabar atas ujian serta cubaan yang diterima.






Bulan Ramadan, kerja buyah lagi bertambah, operasi disiang hari (makan minum di siang hari bulan Ramadan) satu kesalahan. Malam ada program Taqarruf Ramadan. Al-hamdulilLah, MBR59 dapat juga membantu buyah mengejar masa yang semakin singkat.

Jumpa lagi, Selamat Berpuasa.


Tuesday, August 26, 2008

MBR 59 & Ulangtahun Umi



Syukur, alhamdulilLah, . Rasanya tak terlambat untuk buyah ucapkan selamat ulangtahun kelahiran umi pada 09082008. Didoakan umi akan terus sehat dan dapat melanjutkan pengajian ke peringkat PhD.
MBR 59 hadiah untuk umi.
Hajat umi untuk dapat kereta baru dah tercapai dan
buyah yakin umi akan berani memandu MBR 59. Salam sayang untuk semua.
Buyah.

Apa Khabar Semua?






Assalamu'alaikum wbt.

Syukur ke hadrat Ilahi yang memberikan kekuatan kepada buyah untuk meneruskan coretan rasa di blog Ummu Ammar. Rasanya sudah terlalu lama blog ini kesunyian dan tiada insan yang berkesempatan untuk menatapinya. Buyah doakan semua anak-anak buyah sehat walafiat. Diam tak diam kita sudah hampir bertemu dengan Ramadan bulan penuh keberkatan. Buyah doakan kak Ngah ct aja selamat bertugas di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru . Jaga diri dan kena berhemah dengan pesakit yang kak ngah rawat tu. Abu Dzar di Kuala Lumpur dan Mohd Ammar di Kuala, tumpukan kepada pelajaran demi kejayaan masa depan. . Buyah mengajak semua supaya kita semua mendoakan kejayaan untuk Mohd Ali Husaini dan Mashitah yang akan mengambil UPSR dan PMR. Ok lah nanti buyah sambung bila ada kesempatan, yang penting semua anak2 buyah jaga diri, tekun Solat dan jangan lupa doa untuk keselamatan dunia dan akhirat. Buyah sertakan gambar2 semasa buyah ke Larkin Johor Bahru dan sempat singgah kat Danga Bay. Sorilah kak chik dan wani, buyah tak bawa kak chik dan wani naik permainan tu, umi kata dia takut............
Jumpa Lagi,
Salam manis untuk semua anak2 buyah.